Dua portal milik kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) dan portal kerajaan Johor, digodam penggodam laman sesawang bergelar Anonymous Malaysia. Selain dua portal itu, empat lagi portal pendidikan turut digodam iaitu Politeknik Melaka, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Idris Shah dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook Anonymous Malaysia, mereka memberi masa untuk mengemas kini sistem sebelum digodam sekali lagi. “Untuk membuat skrip dan pentester profesional, jika anda cukup mahir, hidupkan alat recon dan fuzzer domain anda untuk mencari pengganti. “Untuk Sysadmin, tolong kemas kini sistem anda sebelum dicop lagi. Dark Army memberi anda 24 jam sebelum diserang sekali lagi,” jelas kenyataan status yang dimuat naik di Facebook milik Anonymous Malaysia itu. Sumber: K! ONLINE
|
otai_g: X dapek duit pun hack website bodoh2 mcm ni.
nanies replied at 2-2-2021 02:56 PM
jgn ko hack bank punya website je. habis duit kita semua dalam tu nnt
otai_g replied at 2-2-2021 01:17 PM
X dapek duit pun hack website bodoh2 mcm ni.
tungkai replied at 2-2-2021 07:57 PM
Setakat deface website aje? Prrffhhh...
JokesCop replied at 2-2-2021 08:15 PM
Pada yg tak tau. Meyh sembang sikit pasal anon punya style dalam kes ni.
Memang ada orang lagu n ...
underground replied at 2-2-2021 07:57 PM
maybe hacker diupah oleh IT security contractor yg tersakiti?
mesti ada dalang yg berkepentingan ...
ADVERTISEMENT