CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Jalan Terkedek Seperti Penguin Selepas Jalani 'Swab Test' Di Dubur Jadi Tular

3-2-2021 12:44 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4032| Komen: 15

Description: Baru-baru ini, satu pengumuman oleh kerajaan China telah menarik perhatian dunia apabila mahu menjalankan ujian calitan (swab test) di dubur sebagai kaedah baru bagi mengesan individu dijangkiti COVID ...
Kredit : Tangkap Layar video Youtube



Baru-baru ini, satu pengumuman oleh kerajaan China telah menarik perhatian dunia apabila mahu menjalankan ujian calitan (swab test) di dubur sebagai kaedah baru bagi mengesan individu dijangkiti COVID-19.

Menurut laporan, pihak berkuasa menggunakan kaedah itu ke atas penduduk kawasan yang disahkan terdapat kes positif virus terbabit di zon merah, selain melaksanakan proses sama ke atas individu yang ditempatkan di pusat kuarantin.

Doktor kanan di Hospital You'an Beijing, Li Tongzeng, memberitahu swab test di dubur adalah lebih tepat kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.


"Sudah tentu, calitan dubur tidak semudah swab test tekak maka ia hanya digunakan terhadap individu di kawasan kuarantin utama.

"Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu," katanya.

Kaedah calitan ini membuatkan ramai mula risau, malu dan tertanya-tanya tentang kesan sampingan selepas menjalani ujian calitan tersebut.

Memetik Odisi, tular satu video orang ramai yang menjalani ujian berkenaan berjalan terkedek-kedek setelah keluar dari premis kesihatan.

Dikatakan, klip video terbabit dirakam di bandar Shijiazhuang dalam wilayah Hebei, utara China.


Video berkenaan menjadi tular sehingga mencatat berjuta-juta tontonan di pelbagai platform media sosial di China.

Menerusi akhbar tempatan, Global Times melaporkan bahawa video tular itu sebenarnya telah disunting, manakala pihak berkuasa memberi jaminan orang ramai tidak akan berjalan seperti penguin selepas menjalani calitan dubur.

Difahamkan spesimen yang diambil di lokasi terbabit pula hanya melibatkan kaedah calitan oral atau hidung sahaja.

Susulan video tular itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan menurunkannya bagi mengelakkan salah faham orang ramai.



Dalam pada itu, pengguna media sosial Weibo memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.

"Saya sudah menjalani dua calitan dubur, setiap kali saya lakukannya, ia diteruskan dengan calitan di tekak pula. Saya bimbang jururawat yang melakukannya terlupa untuk menggunakan kayu calitan baharu," kata seorang pengguna Weibo.

Seorang lagi pengguna secara berseloroh berkata, "Tidak berbahaya, tetapi amat memalukan."

Tidak semua pakar di China bersetuju dengan kaedah ujian calitan di dubur untuk menguji jangkitan COVID-19.

Yang Zhanqiu, pakar patologi di Universiti Wuhan, berkata bahawa ujian calitan dalam rongga hidung dan tekak adalah kaedah paling berkesan untuk mengumpulkan sampel ujian virus itu buat masa ini.

Untuk info, China merupakan salah satu negara yang telah berjaya mengawal peningkatan penularan COVID-19 sejak pertengahan tahun 2020 namun peningkatan 2 ribu kes baru telah dilaporkan sepanjang Januari 2021 melibatkan penularan tempatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 3-2-2021 02:08 AM
tudia terus remove tu. kiranya tak boleh prank lah kat sana eh
Quote sharlenetexas 3-2-2021 02:11 AM
Setakat calit takkanlah jalan terkengkang2 cam tu. Kalau tak dah lama gayah bottom jalan tak betul.
Quote Kurex 3-2-2021 02:18 AM
Acah je.... Sumbat botol sos dekat anus takpe pulak
Quote dudaberhias 3-2-2021 03:23 AM
tak nampak macam swab test... nampak macam bottom lepas main kat tandas jah bila buat gitu...
Quote AbukRokok 3-2-2021 06:05 AM
calit ke sodok?
Quote swateng1 3-2-2021 08:52 AM
swab test sana besar terung ke? bodonyeeee
Quote mawar_mustika 3-2-2021 09:48 AM
tipu lh...crew kiteorg 6 bln skali ambk stool sample elok je...bukannye die masukkn btg paip
Quote jerukkedondong 3-2-2021 09:54 AM
Mengada ngada...
Quote ninja9 3-2-2021 10:00 AM
hahaha... saja jer dorang ni bua lawawk
Quote jajahoney 3-2-2021 12:09 PM
sharlenetexas: Setakat calit takkanlah jalan terkengkang2 cam tu. Kalau tak dah lama gayah bottom jalan tak betul.


Tapi kalau ikut apa china cakap kena masuk 5cm
Quote Skuau 3-2-2021 05:11 PM
Kurex replied at 3-2-2021 02:18 AM
Acah je.... Sumbat botol sos dekat anus takpe pulak

botol budu la....
Quote September14 3-2-2021 10:43 PM
Klu sogay yg kena mesti aman2 jah
Quote ChildrenOfBodom 3-2-2021 11:22 PM
terkengkang2 tu selalunya lepas kena surprise buttsecks
Quote Ain_h 4-2-2021 01:27 AM
Baru nak tengok video, dah unavailable
Quote Itzy 4-2-2021 02:07 AM
sharlenetexas: Setakat calit takkanlah jalan terkengkang2 cam tu. Kalau tak dah lama gayah bottom jalan tak betul.


Malas membaca ke? Dia dah kata tu video palsu yang disunting.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062340 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top