CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Tak Dapat Duit, Adik Pukul Kakak Guna Batang Penyapu Sampai Lumpuh

2-2-2021 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4468| Komen: 27

Description: Sibu: Berang kerana tidak diberi wang, seorang adik tergamak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga lumpuh.
Sibu: Berang kerana tidak diberi wang, seorang adik tergamak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga lumpuh.

Dalam kejadian pada 3 petang, 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu di sini, mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan di tulang belakang hingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat sehingga menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga ke kaki.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebelum ini keluarganya enggan membabitkan kejadian itu dengan pihak polis.

Bagaimanapun, menurutnya, selepas didesak oleh mangsa akhirnya keluarga tampil membuat laporan polis semalam.

Katanya, susulan laporan berkenaan suspek yang berusia 44 tahun ditahan polis pada 2.10 petang semalam untuk siasatan lanjut.


Kredit foto: Harian Metro


"Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

"Kes juga akan dirujuk kepada pegawai perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek memukul mangsa selepas tidak diberi wang walaupun beberapa didesaknya.

"Mangsa berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek. Lelaki itu kemudiannya merampas batang penyapu dan terus memukul mangsa di kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas kediaman mereka.

"Suspek terus memukul badan mangsa yang berada dalam keadaan telentang itu hingga emaknya menjerit ke arahnya untuk berhenti memukul mangsa.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan pada tulang belakang esok," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 2-2-2021 02:19 PM
Adiknya mat pet mungkin
Quote Jitu 2-2-2021 02:46 PM
kesiannya
jahat betul adik dia
Quote epuepy 2-2-2021 02:48 PM
adik laki pukul kakak kah? suspek dadah la ni.
Quote mieymiey 2-2-2021 02:50 PM
Gila sampai lumpuh kakak tu dikerjakannya!
Quote husna_amal 2-2-2021 02:50 PM
Semoga suspek terima balasan berat dan mangsa dapat sebuh.
Quote Hizert 2-2-2021 03:35 PM

Tu ar selalunya puak2 tu ja yang boleh keterlaluan camni.

Quote jazaa100 2-2-2021 03:36 PM
tu pun family nk cover, tanak report polis....

syg betul kat mat pet
Quote insulin 2-2-2021 03:37 PM
Kejam betul. Sampai mangsa lumpuh badan.
Quote slyfynx 2-2-2021 03:38 PM
And family still nk protect.
Come on guys.
Kalau sayang ahli keluarga yang mat pet, do something.
Quote gorjeous 2-2-2021 04:19 PM
kejam!! dah sampai lumpuh pun family nak cover lagi.
Quote Adrif 2-2-2021 05:00 PM
sampai lumpuh ko kejekan kakak tu. binatang sungguh
Quote EvieWanKenobi 2-2-2021 05:10 PM
Masya Allah.. kerasukan kah dia?
Quote Kurex 2-2-2021 06:25 PM
Dadah.........
Quote Zazama 2-2-2021 10:12 PM
Semoga ada pembelaan
Quote jas7512 3-2-2021 01:28 AM
Klu i yg gubal.undang undang sekiranya penjenayah adalah penagih mcm nak bg je hukuman mati..x kisahlah x byk lelaki dlm msia ni klu ramai yg jd mat pit...hidup pun nyusahkan org..baik bg mati
Quote Afifi82 3-2-2021 01:57 AM
Semoga adik bingai itu di pijak berjemaah .
Quote Nenolen 3-2-2021 02:17 PM
Adik setannnn...patut direjammmm
Quote FanTasyCreaTioN 3-2-2021 06:32 PM
ramai kata kesian ...
ramai kata kejam nyer adik mangsa...

tapi...
rasa nya ... ramai masih ingat kes ni dulu ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1235361&page=1#pid72174750

Kecederaan ini telah menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga ke kaki (tidak dapat bergerak).

Mangsa akan menjalani pembedahan pada tulang belakang pada 3/2/2021 di mana peratusan untuk sembuh adalah tipis (1%).

Untuk mklmn, mangsa adalah wanita yang sama yang di viral memaki pekerja Watson Premier Sibu pada 6/10/2020 tahun lepas kerana ditegur oleh pekerja Watson kerana tidak memakai mask dan memaki pekerja itu dengan bahasa kesat berbau perkauman.

Dia telah dikompaun.


Quote belacan_gurl 3-2-2021 06:40 PM
Riso sbb buat report polis je....abis dia dipersalahkan ...sbb kebanyakan family nih ramai yg rela bela kaki dadah dari buat report....dahla mangsa jadi lumpuh... kang xde sapa nk jaga

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062594 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top