Sejak minggu lalu, tular sebuah video di laman sosial mengenai seorang wanita didakwa memperkenalkan ajaran Islam Melayu yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu. Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada pemberita pada sidang akhbar di kementeriannya pada Selasa. "Saya baru saja berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkenaan hal ini dan kita akan buat siasatan lanjut," katanya. Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu. Ia menjadi perbualan warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara. Ia didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini. Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis. Setakat ini, lebih 10 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu. - CARI Sumber: Sinar Harian
|
Buritan replied at 2-2-2021 06:20 PM
Anak murid dia ade kat area rumah aku.. dah kecoh dah punh
notM replied at 2-2-2021 06:35 PM
Uols bila nak join?
MissYouSayang replied at 2-2-2021 06:57 PM
Elok sgt la bebudak dizek ni join ajaran ibu yati ni..
sharlenetexas replied at 2-2-2021 05:55 PM
@dua_chzy Uols kenal ke?
notM replied at 2-2-2021 07:05 PM
Geng2 tanjak dan Malay costume bagus join jugak
dua_chzy replied at 2-2-2021 07:17 PM
Falun Gong Melayu ke ni?
kaishi replied at 2-2-2021 07:27 PM
Geng tanjak tu xleh disama ratakan
Sbb ade je geng tanjak yg mendalami islam khusus wal khusus. ...
ADVERTISEMENT