CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Paksa Kekasih Pakai Baju Lelaki, Larang Mekap Dipenjara 16 Bulan

3-2-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2657| Komen: 9

Description: Seorang lelaki dihukum penjara selepas memaksa teman wanitanya memakai baju lelaki dan melarang wanita itu mengenakan sebarang solekan sepanjang 10 tahun mereka menjalin hubungan.
Seorang lelaki dihukum penjara selepas memaksa teman wanitanya memakai baju lelaki dan melarang wanita itu mengenakan sebarang solekan sepanjang 10 tahun mereka menjalin hubungan.

Lapor Metro, Daniel Bishopp, 24, didakwa melakukan penderaan domestik terhadap kekasihnya.



Kredit foto: Daily Star/MEN MEDIA

Pasangan itu bertemu ketika zaman remaja dan Bishopp dikatakan sering berkelakuan ganas dengan memukul teman wanitanya apabila marah.   

Lelaki itu juga didakwa mengawal pergerakan pasangannya dan menetapkan beberapa peraturan seperti bagaimana harus berpakaian dan dengan siapa boleh bercakap kerana paranoid teman wanitanya akan meninggalkannya.

Insiden terakhir berlaku pada Oktober tahun lalu apabila Bishopp yang juga mempunyai masalah penyalahgunaan dadah, menyerang dengan mencekik leher teman wanitanya sehingga wanita itu hampir tidak dapat bernafas.   


Dalam pada itu, pendakwa raya Katy Rafter berkata, mangsa memaklumkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan mendadak akibat tingkah laku teman lelakinya.  

Katanya, mangsa juga berasa terlalu lemah sehingga tidak dapat memperincikan kejadian yang berlaku pada dirinya selepas defenden ditahan.

Bishopp dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan dan dilarang berjumpa dengan teman wanitanya untuk lima tahun.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 3-2-2021 04:23 PM
tetiba teringat sogay xbagi bini pakai mekap, xbagi bini pakai bra sebab tu iza lembam bergambar kat tepi laut nampak nipple bagai..urghhhh
Quote slyfynx 3-2-2021 04:26 PM
Ayat tajuk tu aku pikir orang ni kene penjara sbb suh gf die pakai bj laki je.
Rupenye DA. Okeh, paham2
Quote sukacactus 3-2-2021 04:28 PM
Cemana gf dia sanggup bertahan sampai 10 tahun tu
Quote Artemesiaa 3-2-2021 05:19 PM
Eloklaj gf nya berpindah jauh dari situ.  Lima tahun bukan lama mana takut dicarinya pulak bila dah keluar nanti.
Quote AyaqMeloSuam 3-2-2021 05:57 PM
mamajawie: tetiba teringat sogay xbagi bini pakai mekap, xbagi bini pakai bra sebab tu iza lembam bergambar kat tepi laut nampak nipple bagai..urghhhh

Xyah pakai bra ? Laaa.. bru aku tau... like siyesss? Ala2 kt baywatch gitu {:thief
Quote Tinot7 3-2-2021 06:23 PM
AyaqMeloSuam replied at 3-2-2021 05:57 PM
Xyah pakai bra ? Laaa.. bru aku tau... like siyesss? Ala2 kt baywatch gitu {:thief

walopon iols tak tgk gambar tu, iols tak rasa la cam rupa baywatch
Quote Cari-Mod 3-2-2021 09:01 PM
gayah dalam lemari ke dekk? ko masuk ke dalam 16 bulan tu jangan lupa kutip sabun jatuh
Quote 234126 3-2-2021 11:32 PM
umur baru  24, dah 10 tahun kontrol gf start umur 14. Amboi amboi tapi matsaleh nak pelik apa kuikuikui
Quote Ain_h 4-2-2021 01:43 AM
Kenapa x putus je, mungkin sbb sayang kot

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099616 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top