CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ Jadi Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

5-2-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3328| Komen: 16

Jemaah Menteri bersetuju melantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.


Kredit foto: FB


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Khairy akan mengetuai satu Pasukan Petugas Khas yang menguruskan pelaksanaan program itu khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.

Ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan.

“Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan Covid-19. Kerajaan telah berjaya menempah vaksin Covid-19 dengan penghantaran pertama bekalan vaksin ini dijadualkan tiba di negara kita pada bulan ini.


“Penghantaran pertama vaksin ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.

“Suka saya memaklumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 4-2-2021 07:54 PM
Kj tu kan men. Kesihatan..ekekeke
Quote ceria611 4-2-2021 08:12 PM
menteri kesihatan sibuk minum air suam!!
Quote Supersirap 4-2-2021 10:10 PM
Sungguh funny lah kerajaan kita ni
Quote dodolgemok 4-2-2021 10:14 PM
Mmg pelik yah kenapa kj pulak yg kena buat semua ni sedangkan kkm ada 3menteri/timb. Semua tu xguna ke? Kj pulak tolong lah kemaskan sikit penampilan tu, bersepah mcm homeless jah. Geli tau!
Quote kurenblack 4-2-2021 10:34 PM
Menteri kesihatan skrg ni antara sebab aku menyampah kerajaan wak yidin. Semua kerja pass ke orang lain. Tolong la buang menteri tak dak fungsi ni. Buang duit rakyat saja bayar gaji.
Quote HujanBatuTiga 5-2-2021 11:10 AM
Takpela biarla KJ tlg jugak. Mestilah dia dh setuju nk tlg KKM. Itu pun jadi isu.
Quote jalfa 5-2-2021 11:36 AM
Kj overshadow..taktau ke 3 lg tu anak tiri jew..ala ala melukut ditepi gantang..kj anak emas sebab lawan apak sendiri nak jd anak abah
Quote mdmy 5-2-2021 12:58 PM
mak folo ig and twit kj, memang dari awal duty dia source and research about all covid 19 vaccine ni. So memang dia the best person to undertake the task because dia tahu needs and requirements of the vaccine chosen.  
Kalau org lain mungkin akan huru hara.
Quote dodolgemok 5-2-2021 02:48 PM
mdmy replied at 5-2-2021 12:58 PM
mak folo ig and twit kj, memang dari awal duty dia source and research about all covid 19 vaccine ni ...

So org dalam kkm tu tak guna lah kan sbb xtau apa requirements vaccine ni dan apa2 research mengenai vaksin ni??
Quote JohnyEnglish 5-2-2021 02:58 PM
Dol mana tred 'tora dtg lg'.aku x dan nak baca smlam.hari ni dh ilang plak
Quote sayawifenikmie 5-2-2021 03:37 PM

.... kita boleh pilih ke vaksin yg akan diberikan kepada kita?

berapa jenama vaksin yg ada dan keberkesanan setiap satu ?

kalau yg ada darah tinggi dan GERD, kira golongan berisiko ke ?

database mana yg KKM akan guna ?
Quote Ain_h 7-2-2021 01:28 AM
Follow lah twitter kj untuk maklumat lebih lanjut
Quote mdmy 7-2-2021 02:50 AM
dodolgemok replied at 5-2-2021 02:48 PM
So org dalam kkm tu tak guna lah kan sbb xtau apa requirements vaccine ni dan apa2 research mengen ...

Biarlah KKM fokus kat logistik and treatment covid patients dan testing. Kerja itu pun dah mcm nak sampai melting point memasing. Delegate lah kerja so boleh efficient lagi.  

Quote me12345 7-2-2021 07:11 AM
sayawifenikmie replied at 5-2-2021 04:37 PM
.... kita boleh pilih ke vaksin yg akan diberikan kepada kita?

berapa jenama vaksin yg ada dan  ...

Ni sure kes tak membaca news sblm ni...
Quote sayawifenikmie 7-2-2021 01:17 PM
me12345 replied at 7-2-2021 07:11 AM
Ni sure kes tak membaca news sblm ni...



... tak baca .... takterkejar baca pasal covid ni .. care to explain kalau u tahu ?
Quote syaz_lina 7-2-2021 01:21 PM
Isunya..vaccine tu bkn dikeluarkan oleh scientist msia pun, dan ubat-ubatan n pharma under akta tugas menteri kkm. All this while, helok je kkm handle procurement of vacc8nes. Why KJ sibuk2, dia ada background public health ka.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top