Dungun: Suri rumah cedera di muka dan badan selepas diseret kenderaan dipandu suaminya dalam kejadian di sini, kelmarin. Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan berusia 32 tahun yang melarikan anak lelaki mereka berusia 14 bulan.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11.30 pagi ketika mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menaiki Proton Exora. Menurutnya, suspek kemudiannya membawa bayi mereka masuk ke dalam kenderaannya sebelum cuba keluar dari kawasan rumah berkenaan.
"Mangsa segera menghalang tindakan suspek dengan mengetuk cermin pintu kenderaan namun tidak diendahkan suspek yang terus memecut. "Akibat tindakan itu, mangsa yang terseret luka di pipi, sakit di bahu, luka di jari kelingking serta jari hantu dan luka di kedua-dua lututnya. "Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mangsa turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan turut berada di lokasi kejadian," katanya. Baharudin berkata, pasangan terbabit dalam proses perceraian dan suspek datang ke daerah ini bagi menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda. Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mehmet replied at 9-2-2021 12:25 PM
Cuba seret Mak Jantan ini.
ADVERTISEMENT