CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Bimbang Saya Masih Mampu Berlakon- Aaron Aziz

20-10-2021 08:03 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 1907| Komen: 11

Kredit Foto : Instagram Aaron Aziz



"Jangan bimbang saya masih mampu berlakon" 

Demikian kenyataan aktor kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz, 46, ketika sidang media drama Gerak Khas Undercover secara virtual, baru-baru ini.

Kredit foto - Harian Metro


Biarpun mengalami masalah gangguan pada saraf lehernya sejak lapan tahun lalu, namun ia tidak menjadi halangan buatnya untuk terus bekerja walaupun terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.

Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sehingga terpaksa keluar masuk hospital sejak 2012, sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia. 

Kredit Foto - Skop Production via BH Online

Menurut Aaron, dia tetap bersemangat kuat apabila bekerja, tetapi akan berhadapan kesakitan sewaktu berada di rumah. 

Akan tetapi, dia juga sebenarnya kurang selesa untuk membicarakan masalah kesihatan dialami itu kerana bimbang ada pihak produksi enggan mengambilnya berlakon selepas ini.

Kredit Foto - Skop Production via BH Online

Aaron membawa watak ASP Zaki dalam drama membawa konsep kepolisian atas jenama 'Gerak Khas' terbitan Skop Productions arahan Syafiq Yusof ini. Ia turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Elizabeth Tan, Salina Saibi, Datuk AC Mizal, Datuk Seri Eizlan Yusof, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Farid Amirul, Khalida Balqis dan ramai lagi.

Drama ini bersiaran sebanyak 30 episod, setiap Jumaat, jam 10 malam di TV3 sejak 1 Oktober 2021 lalu malah turut disiarkan menerusi platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Apapun Aaron sebaiknya buatlah pembedahan yang disarankan doktor sebelum keadaan jadi lebih teruk. Badan nak 'pakai' lama. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-10-2021 12:29 PM
Bertabahlah. Mungkin ini kifarah sbb posing gambar berseluar dalam masa muda remaja dulu.
Quote cikgojesss 20-10-2021 12:32 PM
KamikuP replied at 20-10-2021 12:29 PM
Bertabahlah. Mungkin ini kifarah sbb posing gambar berseluar dalam masa muda remaja dulu.

yang ni ke?

Quote dudaberhias 20-10-2021 12:37 PM
Rasa macam kesan sebab suka angkat berat kot? Lelaki kalau dah badan dah cukup sado semua tetap deorang nak bagi besar lagi... Sama macam pompuan, dah ramping pun tetap nak jadi lidi atau kurang2 pun batang pokok pinang. Lelaki lagi lah dah jadi hulk pun tetap nak jadi godzilla ataupun paling kurang pun kingkong kalau tak dapat jadi mecha godzilla.

Apa yang penting adalah sihat sebenarnya, pompuan tak suka pun laki sado2 besar2 berurat2 tu, rasa macam kapel dengan pohon dekkk.. pegang tangan rasa macam akar2 pokok banyan tu. Lepastu raba perut rasa ketul2 macam  telur ikan pulutan.

Sedang2 cukup lerrr.
Quote KamikuP 20-10-2021 12:38 PM

Hoh my eyes (shy)
Quote dudaberhias 20-10-2021 12:41 PM
cikgojesss replied at 20-10-2021 12:32 PM
yang ni ke?

Badan heols macamni lagi ok walaupun muka boyan... Herlokk jahhh, ni sekarang bongak je badannya scary dekk oiii... Sama macam zul ariffin. Dah macam pohon 500 tahun lebih badan macamtu.
Quote nakkomenjugak 20-10-2021 01:46 PM
Lupa kewujudan heols. Sorry bam harun eh aaron
Quote cmf_premierleag 20-10-2021 07:39 PM
Kalo Hisyam Hamid yg sakit mcm ni, hopkozz la akak bimbang sgt2 smpk kene amik EL..kalo bos tanya ngape,aku ckp la sbb hisyam hamid sakit.
Tp kalo arun, kowser nk bimbang
Quote misc 21-10-2021 12:12 AM
Bam harun dah bambam sekarang. Sikit lagi boleh jadi Don Lee Train to Busan. Muka ada iras2.
Quote LadyCarefree 21-10-2021 02:32 AM
Ada yg risau ke?
Quote gideoncross 21-10-2021 03:26 AM
Ingtkn iol sorg je yg rsa bntuk tu smpurna????????????????.
Quote Carcosa 21-10-2021 06:56 AM
Kalau doctor nasihatkan surgery, surgery jelah BamHarun oiiii. Kan ke dah sakit sana sini

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.133453 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top