Kredit Foto : Instagram Aaron Aziz
"Jangan bimbang saya masih mampu berlakon"
Demikian kenyataan aktor kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz, 46, ketika sidang media drama Gerak Khas Undercover secara virtual, baru-baru ini.
Kredit foto - Harian Metro
Biarpun mengalami masalah gangguan pada saraf lehernya sejak lapan tahun lalu, namun ia tidak menjadi halangan buatnya untuk terus bekerja walaupun terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.
Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sehingga terpaksa keluar masuk hospital sejak 2012, sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.
Kredit Foto - Skop Production via BH Online
Menurut Aaron, dia tetap bersemangat kuat apabila bekerja, tetapi akan berhadapan kesakitan sewaktu berada di rumah.
Akan tetapi, dia juga sebenarnya kurang selesa untuk membicarakan masalah kesihatan dialami itu kerana bimbang ada pihak produksi enggan mengambilnya berlakon selepas ini.
Kredit Foto - Skop Production via BH Online
Aaron membawa watak ASP Zaki dalam drama membawa konsep kepolisian atas jenama 'Gerak Khas' terbitan Skop Productions arahan Syafiq Yusof ini. Ia turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Elizabeth Tan, Salina Saibi, Datuk AC Mizal, Datuk Seri Eizlan Yusof, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Farid Amirul, Khalida Balqis dan ramai lagi.
Drama ini bersiaran sebanyak 30 episod, setiap Jumaat, jam 10 malam di TV3 sejak 1 Oktober 2021 lalu malah turut disiarkan menerusi platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
Apapun Aaron sebaiknya buatlah pembedahan yang disarankan doktor sebelum keadaan jadi lebih teruk. Badan nak 'pakai' lama. -CARI