CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Air Tebu Hadapi 9 Tuduhan Kes Rogol Dan 55 Kes Sumbang Mahram

24-2-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5569| Komen: 33

Klang: "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?"

Demikian kata seorang lelaki berusia 42 tahun yang menghadapi 55 tuduhan sumbang mahram dan sembilan dakwaan merogol rakan anaknya ketika mencelah sewaktu pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.


Dia yang juga peniaga air tebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya dan rakan anaknya yang berusia 14 tahun sejak April 2019.

Tertuduh, yang juga bapa kepada tujuh anak termasuk dua anak tiri itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.


Berita Harian

Mengikut pertuduhan pertama hingga 55, dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan antara April 2019 hingga Januari 2021, melakukan sumbang mahram di rumahnya di Klang dengan melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya.


Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun bagi setiap tuduhan.

Bagi sembilan tuduhan lain, dia didakwa merogol rakan anaknya yang juga kanak-kanak berusia 14 tahun itu antara Ogos 2020 hingga Januari 2021 di lokasi sama di Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi.

Terdahulu, Khairul Naim memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan syarat yang ketat.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan seksual yang serius.

Hakim Kunasundary kemudian menolak jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 24 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan semua pertuduhan yang dibacakan, tertuduh berdepan hukuman 1,830 tahun penjara maksimum jika disabitkan kesalahan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaos_sweetly 23-2-2021 06:44 PM
Jual air tebu??? Knp la tgn dia tak digilis mesin air tebu tu.Kan bagus mcm tu.Jantan sial mcm ni patut mammmm cpt2.
Quote alieyrina 23-2-2021 06:47 PM
Eh babi nyaaaaaaaa. Tolg jgn simpan babi ni boleh x..hantar ke zoo negara!
Quote shernazz 23-2-2021 06:51 PM
Harap perogol dihantar ke taman buaya ..
Jimat duit kerajaan nak nanggung..kalau ada 100 orang perogol..dah bolrh bagi berapa ekor buaya dah
Gemuk2 dan sihat2 gitu..
Pastu biar perogol tu tak ada keturunan
Quote mamajawie 23-2-2021 07:58 PM
alieyrina replied at 23-2-2021 06:47 PM
Eh babi nyaaaaaaaa. Tolg jgn simpan babi ni boleh x..hantar ke zoo negara!

Setuju 100%..mohon kena ikat tepi cam air tebu heollss jual kat dlam kandang rimau belang takpun singa..spesis dajal setan laknettt..isshhhhh benci la dgar kes rogol2 nihh
Quote stania83 23-2-2021 08:13 PM
Ci vai  tapi masalah lgbt lagi serious esp dosa sajat
Quote belacan_gurl 23-2-2021 08:36 PM
Baru aritu aku tertengok movie rogol....bapak mangsa cari sungguh2 pas dpt terus bunuh tanpa buka topeng muka perogol tu...ayat dia best... dari aku biarkan kamu mkn minum di penjara dgn duit cukai yg aku byr...baik aku bunuh kamu rasa mmg cool gila bapaknya tu....so berbalik kepada topik ....baik dibunuh sahaja perogol2 ni....nak bagi mkn minum dlm penjara buat apa
Quote eyansss 23-2-2021 08:42 PM
dah sampai masanya kerajaan establish database untuk pedo dan kaki dadah ni...  dan juga kaki dera, tak kira la dera isteri ke anak ke...  supaya orang boleh tau dan elak manusia2 jahanam macam ni...
Quote notM 23-2-2021 09:51 PM
Sebab tu populasi mereka perlu dibendung...jangan bagi cecah 80%>.....

Quote tumpanglalu74 23-2-2021 09:54 PM
chaos_sweetly replied at 23-2-2021 06:44 PM
Jual air tebu??? Knp la tgn dia tak digilis mesin air tebu tu.Kan bagus mcm tu.Jantan sial mcm ni pa ...

Gilis tangan nak watpe?  Baik gilis kote..
Quote cashewnut 23-2-2021 10:34 PM
Kalau ada yang boleh jadi batman kasi lupus segala pedo and rapper ni kan bagus. Aman dunia kanak-kanak. Mental illness pun kurang sebab victim cenderung emosi tersentuh.
Quote allshares 23-2-2021 11:27 PM
Ambik tebu yg dia jual tu, sumbat kt jubo. Lahanat gila dgn kwn2 anak jadi mangsa. Maka mak2 sekalian, berhati2 la jgn bagi anak2 pegi rumah kawan sesuka hati.
Quote namieamuro 23-2-2021 11:38 PM
ini iblis. dh makan anak, makan pulak kawan die. eeeeei mohon banduan dlm penjara pijak die ni smpi mati. abes chite.
Quote fealefea 24-2-2021 12:00 AM
Bini kepada laki perogol x kan tak tayu. Mementang anak sendiri tutup mata. Bile kena org lain baru nk berani. Sumbang mahram ni takan bini x tau. Laki curang pon boleh detect.
Quote MsKathryn 24-2-2021 11:27 AM
Celaka pya jantan... mati lg baik
Quote gideoncross 24-2-2021 11:36 AM
Dgn ank kwn d bedalnya, chibai, gi mmpos.
Quote mejaputih 24-2-2021 12:02 PM
terima kasih natasya (bukan nama sebenar) kerana memberitahu ibu mangsa...anda seorg yg sangat perihatin terhadap rakan anda.
agak2 kalau ibu rakan tak buat report polis, ibu mangsa (anak kpd perogol tu) akan buat report tak? sbb dia buat report lps dpt tahu ibu rakan anak dia buat report.
Quote mejaputih 24-2-2021 12:03 PM
dlm berita di atas ni nampak tak peranan lelaki kat mana?? sepatutnya anda pelindung wanita...tp tp...
Quote cap_ayam 24-2-2021 12:17 PM
apa kena orang ni..
Quote kam3n 24-2-2021 12:25 PM
eyansss replied at 23-2-2021 08:42 PM
dah sampai masanya kerajaan establish database untuk pedo dan kaki dadah ni...  dan juga kaki dera,  ...

Tak boleh... Tak baik buka aib orang katanya

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043382 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top