Akibat dendam dicurangi, lelaki di Amerika Syarikat nekad mengerat kemaluan kekasih isterinya. Dalam kejadian di Gilchrist County pada dua tahun lalu, Alex Bonilla, 51, menyerang kekasih isterinya sebelum memotong kemaluan lelaki itu sampai putus menggunakan gunting.
Lebih sadis, dia menyimpan kemaluan mangsa di rumahnya. Berikutan membuat pengakuan bersalah di atas perbuatannya itu, mahkamah memutuskan Bonilla menjalani hukuman 20 tahun penjara selain diarahkan membayar ganti rugi AS$250,000 (RM1.01 juta). Sementara itu menurut mangsa, akibat kejadian itu, dia tidak mampu melakukan hubungan intim seumur hidupnya. Katanya, ketika kejadian Bonilla datang ke rumahnya dan mengikat tangannya ke belakang pada sebuah kerusi sebelum memotong kemaluannya dengan gunting. "Dia kata saya tidak akan mati, tetapi kejadian itu akan diingati sepanjang hidup saya.
"Akibat kejadian itu, saya mempunyai masalah membuang air kecil dan hilang deria seksual," katanya dalam Daily Star. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT