Bagi membantu golongan tidak berkemampuan, penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet terpanggil bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre menyediakan sebuah ambulans.
Menurut Altimet, dia sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubah suai manakala pihak One Nation Centre akan menanggung kos pengubahsuaian dan peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai. "Jariah Ambulans One Nation X Altimet. Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai van saja menelan belanja hampir enam angka. "Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000. Minggu lalu saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubah suai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans. "Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet. Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans," kongsinya.
|
ADVERTISEMENT