Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan menerima mesej berbaur ugutan yang dikirimkan seorang individu tidak dikenali di Instagram. Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah turut terkejut apabila terbaca teks yang dihantar dengan menggunakan kata-kata kesat. Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau sambil memarahinya tanpa sebab. Didi ada memuat naik tangkap layar teks yang diterimanya di Instagram, pada Isnin. Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.
Menerusi pautan yang dimuat naik itu, Didi yang tidak membalas mesej berkenaan seolah-olah membuatkan pengirim berkenaan terus menghantar teks sehingga mula mengeluarkan kata-kata kesat. “Macam yang korang nampak di Instagram, tentang saya menerima satu DM daripada seorang perempuan yang marah-marah, maki, bagi kata kesat, dia ugut, dia hantar gambar pisau. “Jadi pada yang tanya… sejujurnya saya tak kenal dan tak tahu apa motif dia. Tak tahu kenapa dia marah sangat,” kata adik kepada Bella Astillah ini menerusi video di Insta Story. Dia pada masa sama turut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas mesej yang diterima. “Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set, tak habis shoot lagi. InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia daripada sosial media,” katanya lagi. Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rakan artis dan peminat turut sama memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsi bintang berusia 25 tahun itu. Sumber: Media Hiburan
|
Aneem: Edited by Aneem at 2-3-2021 07:44 PM Aku malas nk komen sbb betina ni bukan function sgt punTp takleh blah la tgk org pegang pisau tuPegang pisau g ...
beatgirlX replied at 2-3-2021 11:11 PM
Sapa adik Didie Astillah?
Bella Astillah ke?
ke so Aiman tu adiknya?
ADVERTISEMENT