Tengok Orang Kena Rasuk
Cerita ni berlaku masa bulan puasa tahun 2011, masa tu saya tengah praktikal di KL. Malam tu lepas solat terawikh saya turun makan di sebuah restoran mamak berdekatan sebuah flat di Pantai Dalam, dalam pukul sebelas lebih macam tu tak silap. Masa tengah sedap-sedap nak makan, saya ternampak ada sekumpulan warga Indonesia, dalam 7-8 orang dan seorang perempuan lalu di sebelah kedai mamak tersebut. Tiba-tiba tak lama saya dikejutkan dengan bunyi jeritan seorang perempuan, saya lihat perempuan Indonesia tadi dah terbaring di tengah jalan. Orang ramai termasuk saya yang tengah makan terpinga-pinga melihat, apa yang jadi?
Perempuan tu menjerit sekuat hati dan menggelupur semacam kat tengah jalan dan lelaki-lelaki Indonesia tadi cepat-cepat angkat perempuan tu ke tempat parking motor bawah flat tak jauh dari situ. Tengok macam perempuan tu makin kuat menggelupur, saya dan beberapa orang di kedai mamak tu cepat-cepat pergi mambantu. Kalau korang pernah tengok orang histeria atau kena rasuk ni, memang tenaga diorang tiba-tiba jadi sangat kuat semacam, sampaikan beberapa orang lelaki pegang pun diorang still boleh lepas lagi. Masa tu ada 7-8 orang yang pegang perempuan tu, 2 orang pegang kaki, seorang tahan perut, dua orang pegang tangan kanan, saya pegang tangan kiri dan seorang pegang bahagian kepala. Perempuan tu menjerit-jerit minta anak dia dan beberapa perkataan lagi yang saya tak faham. Dia punya kuat menggelupur sampai beberapa kali saya jatuh terduduk. Mind you, ini perempuan, badan dia kecik saja tapi dia punya tenaga tu macam tenaga beberapa orang lelaki. Kebetulan memang suami dia ada kat situ, dia cakap isteri dia memang sebelum ni ada beberapa kali pernah jadi benda yang sama. Ada pakcik-pakcik yang tengah tengok kat situ suggest suruh call ustaz. Sementara nak tunggu ustaz tu sampai ada dekat sejam lebih juga kitorang pegang perempuan tu menggelupur dan menjerit-jerit tak tentu hala. Kejap-kejap dia ok dan kejap-kejap histeria dia datang balik, sampaikan naik lenguh dan berpeluh-peluh juga tangan saya nak pegang. Sejam lebih lepas tu Alhamdulillah dia mula tenang balik, perkataan pertama yang waras keluar dari mulut dia adalah dia nak air, dah haus sangat kot menjerit-jerit, hehe. Tengok keadaan pun dah mula reda, saya pun menghala ke kedai mamak tadi, menghabiskan makanan yang tak habis, rugi kot. Cerita ni dah lebih setahun, apa jadi dekat perempuan tu saya tak tahu, tapi kalau nak cakap dia kena rasuk, masa tu bulan puasa. Mungkin dia kena histeria sebab tekanan perasaan kot, ke camne? -
|
Originally posted by Informer at 23-12-2005 10:09 AM
aku tak tau naper aku still stay kat bilik tu even banyak citer2 seram kat bilik tu..kwn2 aku yg tido situ semua tak pernah tinggal lama.. alih2 dah pindah bilik lain..lagipun kalu aku tukar bilik ...
Originally posted by Informer at 23/12/05 03:23 PM
aku berani pun bukan apa..sebab aku suke duk sorang n view dari bilik aku tu mmg cantik ma..ptg2 leh nampak kerbau meragut rumput di padang bola...haha...n maybe sebab aku tak pernah nampak 'roomat ...
Originally posted by Informer at 23-12-2005 09:36 AM
KIsah 3...
ni kawan aku punye cerite..
time tu awal part 4..ramai budak2 tak balik lagi..wing aku pun (kat kolej aku..satu level dipanggil ngan nama wing) ramai tak balik lagi...
bil ...
ADVERTISEMENT