|
Bukit Mertajam: Pilu hati anak apabila menemui mayat ibu mereka terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak di sebuah rumah di Taman Impian Indah, di sini, malam tadi.
Difahamkan, mayat Heng Gaik Choo, 51, ditemukan oleh salah seorang anaknya yang terhidu bau busuk dari bilik ibunya sebaik pulang ke rumah pada 8.05 malam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, anak mangsa kemudian menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara berkenaan. "Adiknya pulang bersama seorang rakan dan mereka bertiga membuka pintu bilik wanita terbabit sebelum menghubungi polis.
"Hasil pemeriksaan forensik mendapati mayat mangsa sudah berbau dan membengkak selain tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Shafee berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi proses bedah siasat selepas menjalani ujian saringan Covid-19. Katanya, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI Sumber: Harian Metro |
Kurex replied at 5-3-2021 04:17 PM
Baca tajuk dah tau leluhur mana
Scheherazade replied at 5-3-2021 03:58 PM
Sedih wo mati sensorg mcm ni. Mcm sorg ex boss aku. Dia mati sensorg. Nasib baik ada janji nk klr dg ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 12:05 AM GMT+8 , Processed in 1.430252 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.