CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Dengan Kepala Anak Yang Dipenggal Kerana Tak Restu Teman Lelaki

5-3-2021 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5117| Komen: 22

Description: Hanya kerana tidak merestui hubungan anaknya dengan teman lelaki, seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya berusia 17 tahun.
Hanya kerana tidak merestui hubungan anaknya dengan teman lelaki, seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya berusia 17 tahun.

Malahan, bapa empat anak itu membawa kepala anaknya yang dipenggal itu di jalan.



Kredit foto: ews Panda/Jam Press

Penduduk menemui Sarvesh Kumar berjalan bersama kepala tersebut di sebuah kampung di Pandetara, Uttar Pradesh di India, Rabu.

Ketika itu, suspek dalam perjalanan ke balai polis selepas memenggal kepala anak perempuannya.

Menerusi satu rakaman, menunjukkan seorang lelaki itu mencari bapa tersebut dan memeriksa pakaiannya.

Anggota polis menyoal siasat Kumar dan bertanyakan tentang kepala tersebut.

Menurut laporan NDTV, Kumar membuat pengakuan telah memenggal kepala anak perempuannya menggunakan objek tajam kerana tidak gembira dengan hubungan cinta anaknya.

"Saya yang buat. Tiada orang lain. Saya yang lakukannya. Mayat ada di bilik," katanya.

Lelaki terbabit juga mendakwa dia akan membunuh kekasih anaknya sekiranya dapat mencari pemuda itu.

Susulan kejadian itu, Kumar ditahan oleh polis. Isterinya turut ditahan.

Polis menemui mayat anak perempuannya di rumah dan dihantar untuk bedah siasat.

Menurut data biro Rekod Jenayah Kebangsaan di India, Uttar Pradesh mencatatkan jumlah jenayah tertinggi terhadap wanita pada 2019.

Negeri itu turut merekodkankan jumlah jenayah tertinggi melibatkan kanak-kanak iaitu 7,444 kes. 


Sumber: mStar


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 5-3-2021 03:58 PM
Fahaman berdewakan haiwan
Quote Scheherazade 5-3-2021 04:00 PM
Gila kering hati dia nih, anak sendiri selamba je sembelih, just because x suka boipren anak.
Quote Tinot7 5-3-2021 04:07 PM
Iols tak nampak
Quote nanasno 5-3-2021 04:08 PM
rakyat rakyat uttar pradesh ni seringkali news yang pelik pelik.
Quote Kurex 5-3-2021 04:19 PM
Leluhurrrrrr
Quote ellejo 5-3-2021 04:25 PM
leluhur kari dan leluhur kurma suka betul penggal kepala perempuan ya
Quote Artemesiaa 5-3-2021 04:42 PM
Kalau dah kes dari negara tu apa yang nak dipelikannya bukan kes pertama pun
Quote Aikiko 5-3-2021 04:57 PM
Kerajaan leluhur kena periksalah apa yang penduduk negeri tu makan......banyak sangat dah sakit ni
Sila kuarantinkan satu wilayah dan jangan memandai nak ke luar neg.
Jangan sebarkan virus giler korang pada netizen lain
Quote nowhite 5-3-2021 05:38 PM
Penggal kepala anak macam penggal kepala ikan
Quote chandrahusin 5-3-2021 05:57 PM
Edited by chandrahusin at 5-3-2021 06:02 PM

kat tanah air pun ada dulu
bwk naik bas kepala tu
dr Gemencheh ke Shah Alam
*aku edit ada forumer betulkan
TQ!
Quote white_musk 5-3-2021 06:01 PM
chandrahusin replied at 5-3-2021 05:57 PM
kat tanah air pun ada dulu
bwk naik keretapi kepala tu
dr Gemencheh ke Shah Alam

Naik bas dik
Quote Pikapikachu 5-3-2021 06:01 PM
Leluhur ni tak pernah guna otak ke?
Quote white_musk 5-3-2021 06:04 PM
Pikapikachu replied at 5-3-2021 06:01 PM
Leluhur ni tak pernah guna otak ke?

Adik... di sana ada undang2... jika mahu tinggal di Uttar Pradesh, wajib membuang otak terlebih dahulu
Quote Buritan 5-3-2021 06:11 PM
Kurex replied at 5-3-2021 04:19 PM
Leluhurrrrrr

Nasib baik kande piro selamat.. koh koh
Quote farhani87 5-3-2021 06:30 PM
Ni dah tahap bukan manusia ni. Haiwan pun bukan. Tapi setan.
Quote any42 6-3-2021 02:09 AM
syg ank tangan2kn. Ko siap penggal2kn pulak hanya sbb xhappy dgn pilihan ank. Blum tentu ank kahwin nnti dgn pilihan yg sama.
Quote dudaberhias 6-3-2021 02:19 AM
dah agak dah di mana lagi kalau bukan di pari pari uttar pradesh takpun sulawesi atau jawa barat... antara tiga ni je... china pun ada tapi situ lain sikit kisahnya...
Quote clarizsa 6-3-2021 07:15 PM
Hmmm jenis camni pupus terus pun takpa lah
Teruk sgt perangai cmni
Quote Jorja 7-3-2021 10:51 AM
Nasihat untuk org yg ada ayah extremist mcm ni, tak payah minta izin, elope aja n never turn back. Anak pun ada kehidupan sendiri.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.300489 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top