CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Sebenar Disebalik Rumah Misteri Di Tengah Sungai

9-3-2021 02:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4015| Komen: 7|Original author: piao

 
Sekali pandang, memang rumah ini nampak pelik kerana terletak betul-betul di tengah sungai. Walaupun nampak seperti rumah yang terselamat dalam nahas banjir, sebenarnya rumah misteri itu sengaja ditempatkan di sana di atas permintaan seorang seniman Perancis.

Sebuah syarikat yang pakar dalam menyelamatkan bangkai kapal telah meletakkan rumah tiga tingkat yang dikenali sebagai La maison dans la Loire. Rumah misteri itu sebenarnya adalah cetusan idea seniman Perancis Jean-Luc Courcoult yang merupakan sebagai sebahagian daripada Pameran Seni Estuaire 2007.



Replika itu pada asalnya diletakkan di lokasi lain tetapi malangnya arus deras sungai itu telah mengalir dari landasannya sehingga menyebabkan ia tenggelam. Pada tahun 2012, karya seni tersebut dipindahkan sejauh 15 batu ke lokasi sekarang ini. Menariknya, ia masih kekal bertahan di lokasi itu walaupun air mengalir tanpa henti.

Walaupun rumah misteri di Loire itu kelihatan aneh pada waktu siang, lain pula ceritanya pada waktu malam. Oleh kerana lokasinya yang asing, waktu malam menjadi menyeramkan terutamanya apabila angin bertiup melalui tingkap sehingga menghasilkan bunyi-bunyian yang kuat.



Bukan saja lokasinya yang menyeramkan pada waktu malam, yang peliknya ialah cahaya daripada lampu akan menyala di salah satu bilik. Ini pastinya bukan sesuatu yang anda harapkan dapat dilihat di sebuah rumah terbengkalai di tengah sungai.

Tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai boleh melawat rumah tersebut atau tidak memandangkan lokasinya yang membahayakan. Arus deras sungai itu tentu sahaja membahayakan ditambah pula dengan rumah terbengkalai yang sudah dibiarkan bertahun-tahun lamanya.



SUMBER
ATLAS OBSCURA
ODDITY CENTRAL



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 8-3-2021 10:32 PM
Cantik binaan. Sayang pulang hanyut
Quote salmon-suki 9-3-2021 02:18 AM
Nampak scary nak2 y bilik lampu menyala tu..sedangkn xde attached dgn mana2 kabel letrik..huhu..

Tp walaupun hanyut,tetap utuh..kata tiga tingkat,maksudnya tingkat bawah sekali tu mmg dah tenggelam lah ye..
Quote Tinot7 9-3-2021 07:43 AM
Ada org pasangkan lampu ke apa?

Bukan saja lokasinya yang menyeramkan pada waktu malam, yang peliknya ialah cahaya daripada lampu akan menyala di salah satu bilik. Ini pastinya bukan sesuatu yang anda harapkan dapat dilihat di sebuah rumah terbengkalai di tengah sungai.
Quote lavendernovella 9-3-2021 04:59 PM
Lawa rumah design cam ni. Sempoi jer. Susah nak jumpa design sempoi2 cam ni kat sini.
Quote kakakpositifker 9-3-2021 10:23 PM
Oh my allah
Quote malaygirl 10-3-2021 03:36 PM
Seram pulak bila malam ada lampu menyala
Quote chauky314 11-3-2021 12:22 PM
seram.........

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top