Belum lapuk isu Janna Nick diserang peminat K-Pop pada Februari, timbul pula isu yang menjadi perbualan ramai di media sosial. Terbaru, tular video seorang lelaki seolah-olah meludah wajah Lisa dari Kumpulan Blackpink yang menjadi penghias botol minuman berjenama popular. "Tahu air apa ni? Inilah air plastik," ucap lelaki itu yang berdiri di hadapan peti ais dalam sebuah kedai sebelum melakukan perbuatan jijik itu. Sebelum video berakhir, dia kelihatan meletakkan semula botol minuman itu ke tempat asal di dalam peti sejuk. Selain TikTok, video itu turut meraih ratusan ribu tontonan selepas ia dikongsi semula ke laman Twitter.
Rata-rata pelayar Twitter turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan lelaki itu yang disifatkan biadab dan pengotor. Malah kata netizen, mereka marah bukan semata-mata mempertahankan artis K-Pop, namun lelaki itu dilihat sangat pengotor dan boleh memberi kesan terhadap pembeli di kedai tersebut. Dalam pada itu, semakan mStar mendapati akaun TikTok pelaku sudah 'dikunci' dalam mod private. Lelaki itu memiliki hanya 13 pengikut di akaun TikTok miliknya. Lisa merupakan ahli kumpulan Blackpink di bawah naungan YG Entertainment. Kumpulan K-Pop paling popular di dunia itu turut dibarisi tiga lagi ahli iaitu Jennie, Rose dan Jisoo. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT