Ludah’ botol minuman berwajah Lisa BLACKPINK, lelaki buat netizen mengamuk!
Seorang lelaki bertindak ‘meludah’ pada sebotol minuman berkarbonat yang terpampang wajah anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa Manoban di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman ramai di laman Twitter.
Video lelaki tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya sebelum dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter, @darryiskandar sehingga menerima ratusan komen netizen.
Suka hati je meludah!
Twitter
“Ludah2 macam tu eee kau tak fikir ke orang lain nak beli air tu tetiba ada ludah kau,” tulis @darryiskandar yang bengang dengan tindakan lelaki tersebut.
Menerusi rakaman 10 saat itu, lelaki berkenaan dipercayai memerli artis antarabangsa itu yang dianggap sebagai ‘plastik’.
“Tau air apa ni? Ni lah air plastik,” katanya sebelum ‘meludah’ dan meletak semula botol minuman itu di dalam peti simpanan.
Berikutan tindakan tidak bermoral itu, rata-rata netizen menegaskan bahawa lelaki terbabit perlu diambil tindakan selain sengaja membawa kegusaran awam berikutan penularan COVID-19.
Cari dia sampai dapat
Tolong ambil tindakan
Kalau dia positif, habis merebak!
Selain itu, terdapat juga segelintir individu terutama peminat muzik K-pop tampil mengecam tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan biadab terhadap artis kesayangan mereka.
Cukup2 la membenci
Peminat K-Pop ada kacau korang ke?
Tak suka, jangan sentuh!
Takde pasal, cari pasal. Tolong guna akal sebaiknya sebelum buat perkara yang mengundang kemarahan orang lain, jangan hanya fikir mahu popular semata-mata!
Post time 9-3-2021 03:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lawak betul..retis kpoop tu boleh bwk korg masuk syurga ke kemain lagi duk puja mcm sembah tuhan plak..
Alangkah bagusnya kalau korg pun sembah Allah mcm ni kan,patuh ajaran Nabi n Islam sepertimana korg sembah retis kpoop korg tuh..ni tak,smpai tergadai iman tu,nak peluk,nak sentuh,nak salam retis bukan sama jantina..geli lah! Apa beza korg dgn penyembah patung berhala zaman Nabi Ibrahim?
Meanwhile,psl y meludah tuh,dia letak balik air tu,sila lah tangkap..ni pasal moral and kebersihan..msti dah biasa pegi pasaraya m meludah mcm ni kan,xpun boleh join geng y bukak air, minum n ltk balik kt peti tu.. selamanya stupid!