Seorang doktor berkongsi kisah mengenai wanita hamil mengalami muntah-muntah teruk kerana tidak sengaja makan telur mentah daripada hidangan roti telur goyang. Kata Dr Ahmad Luqman Bukhari, dia sedih melihat ibu hamil itu termuntah-muntah sampaikan dah tak boleh nak kira berapa kali muntahnya keluar.
Selepas diselidiki, barulah dketahui rupa-rupanya ibu tu dah termakan telur mentah. Jelasnya, hidangan itu sebenarnya berbahaya buat golongan ibun kerana khuatir dijangkiti kuman Salmonella. Malah, sistem imunisasi ibu hamil yang lemah meningkatkan risiko kejadian seperti itu. "Paling menakutkan bila jangkitan kuman Salmonella tu buatkan bayi keguguran atau lahir pramatang! Sedih kan kalau jadi macam tu," ujarnya lagi.
Selain telur separuh masak, Dr Ahmad Luqman memberi saranan agar ibu hamil berhati-hati dengan beberapa makanan lain. Tambah Dr Ahmad Luqman, bukan sahaja si ibu, malah suami juga harus peka dengan hal ini. "Itulah sebabnya kenapa suami pun kena belajar ilmu untuk jaga kesihatan ibu mengandung ni. "Kalau tak ada ilmu, takut-takut kita tak berjaya nak laksanakan tanggungjawab untuk protect isteri yang tengah hamil tu," katanya lagi. Untuk rekod, Dr Ahmad Luqman merupakan doktor perubatan di Hospital Tunku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan. Sumber: mStar |
ReginaGeorge replied at 11-3-2021 04:46 PM
Bukan bahaya utk wanita hamil je, utk kanak2 pon sama bajay. Orang dewasa pun klu boleh jangan lah m ...
ADVERTISEMENT