|
Seorang lelaki dari Aukland, New Zealand berkongsi video haiwan pelik yang ditemuinya dikawasan dapur rumahnya, baru-baru ini. Video tular itu nyata menggemparkan warga Internet kerana tidak diketahui spesis haiwan yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu. “Ibu saya jumpa di lantai dapur pagi ini. Satu lagi masih hidup. Sesiapa yang tahu apa itu? Anak saya terkejut dan mengalami mimpi buruk selama berminggu-minggu!" kata lelaki berkenaan. Loading FB Post...
Menurut New Zealand Herald, pasukan entomologi dari Biosecurity New Zealand berkata, haiwan tersebut mungkin dari spesis kupu-kupu yang bahagian badannya telah dimakan pemangsa seperti kucing. “Mereka menjangkakan ia adalah kupu-kupu yang telah dimakan sebahagian badannya, menyebabkan hanya sebahagian badan lain masih bergerak-gerak," ujar jurucakap Biosecurity kepada Yahoo7. Eric Edwards, pakar serangga pula mendakwa, ia adalah spesis ulat bulu tikus. Sumber: Era.je
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053272 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.