Kek perkahwinan antara checklist penting yang perlu ada bagi meraikan majlis menjadi raja sehari. Kini ramai memilih untuk menempah sahaja untuk menjimatkan masa dan mutu kek terjamin. Namun, lain pula ceritanya dengan lelaki ini yang mencabar diri mengambil inisiatif untuk membuat kek hantaran perkahwinannya sendiri. Menerusi perkongsian Muhammad Amin di Facebook, dia memuat naik beberapa gambar kek tepak sirih yang dibuatnya sendiri. Selain gambar keknya yang agak luar biasa itu, Amin turut memohon doa kepada warganet atas penikahannya yang berlangsung pada 13 Mac lalu.
Perkongsian itu semestinya mendapat reaksi positif wargamaya. Bukan biasa-biasa keknya. - CARI
|
djzara81: Untunglarr bdk zmn skang. Kek hantaran bole customized ikut selera masing2. Time aku berbelas thn dulu, kek empat segi jahh
djzara81 replied at 15-3-2021 05:11 PM
Untunglarr bdk zmn skang. Kek hantaran bole customized ikut selera masing2. Time aku berbelas thn du ...
Normabaru replied at 15-3-2021 07:40 PM
@dudaberhias sila komen kek budak ni.. Katanya kurang menjadi tp kaka norm tgk helok ja.. Saja nk vi ...
dudaberhias replied at 15-3-2021 07:55 PM
Tu la iols tengok herlok jah teliti buatannya... Ada elemen2 tradisional dan tempatan...
Tapi ...
ADVERTISEMENT