CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Serba Salah Buat Lawak Selepas Bapa Meninggal, Suruh Mak Tutup TV

30-3-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2871| Komen: 10

Kehilangan bapa tersayang pada 19 Mac lalu cukup mengganggu tumpuan pelawak Achey hingga menyebabkan dia gagal membawa kumpulannya, Mashuk untuk mara ke peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah juga mendedahkan dia berdepan trauma dan badannya menggigil sebelum naik ke pentas MLS yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu genap seminggu selepas kematian bapanya.

Namun demi tanggjawab dan tugas, pelawak berusia 35 tahun ini tetap meneruskan persembahan biarpun hati berasa serba salah untuk berjenaka dalam keadaan dia masih bersedih.


Foto: IG

"Sebenarnya untuk pengetahuan semua, saya ada minor trauma. Sebelum ini tak pernah kena... tapi malam suku akhir tempoh hari, saya menggigil masa nak naik pentas untuk buat persembahan.


"Memang sangat pelik. Walaupun saya mampu untuk buat persembahan, tapi tidak sebaik pada malam sebelum ini. Saya dengan arwah sangat rapat dan pemergiannya memang memberi kesan.

"Sejujurnya saya rasa bersalah... mungkin sebab saya, Mashuk tersingkir. Sebab masa buat persembahan, saya ada terfikir 'aku ni nak buat kelakar untuk orang padahal bapa baru meninggal'.

"Tapi itulah tanggungjawab dan tugas yang saya terpaksa dilakukan," kata Achey kepada mStar.



Achey turut berterima kasih kerana ahli kumpulan Mashuk yang lain iaitu Shuk Sahar dan Mark Adam kerana memahami situasinya ketika itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah ini memberitahu ibunya antara individu yang memberi kekuatan untuk meneruskan persembahan pada malam itu selain isteri dan rakan-rakan baik.

Menurut Achey, dia juga meminta ibunya untuk menutup televisyen kerana tidak mahu persembahan lawaknya ditonton memandangkan seisi keluarga juga sedang dalam tempoh berkabung.



"Kekuatan saya adalah emak. Sebelum kembali ke ibu kota, saya minta izin dan minta maaf banyak-banyak dengan dia sebab ada tugas yang perlu saya buat, iaitu membuat jenaka dan membuat orang ketawa.

"Tapi saya berpesan pada mak supaya tutup TV dan jangan tonton program itu. Sebab saya tak nak emak tengok saya buat kelakar walhal ayah baru meninggal dunia... rasa macam tak hormat," ujarnya.

Allahyarham bapa kepada Achey iaitu Hamzah Salam dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat sebelum meninggal dunia pada 19 Mac lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanti_priya 30-3-2021 04:58 PM
berenti je la buat lawak achey oiii bukan kelakor pon lawak kau
Quote belilies 30-3-2021 05:20 PM
Bodo. Saja cari alasan. Dah bapak ko meninggal mintak excuse lah, bkabung je sebulan. Memandai je bagi alasan sbb ko minor trauma sampai team ko tsungkur. Kalo ko ikhlas, tohan dah murahkan rezeki ko
Quote makadek 30-3-2021 05:42 PM
Apo berenti ler ko bkn lawak tp bingit ..
Quote tagas 30-3-2021 05:47 PM
Ko nyanyi jer bagus

dr buat lawak bingit
Quote mesmerize 30-3-2021 05:47 PM
group theyols terkeluar kan dari muzikal maharajalawak ke apa nama tah rancangan tu.. mak ai tengok tapi ai tengok kejap2 aje sbb tengah kemas dapur.. mmg diorang tak  kelakar last week.. mungkin kurang berlatih sebab achey cuti kematian bapa kan.. takziah.. biasa la bila ada kematian ahli keluarga terdekat mmg terasa tu la zaman kejatuhan kita.. buat kerja apa pun tak menjadi sbb tengah bersedih.. insyaAllah itu cuma sementara, nanti ada rezeki lagi tu di mana2..
Quote inspektoremos21 30-3-2021 06:09 PM
Dah 2021 masih ada lagi yg tengok maharaja lawak ni ya. Mohon astro kubur kan je lah maharaja lawak ni. Buat la pertandingan lawak lain pulak.
Quote LadyCarefree 31-3-2021 12:15 AM
Bukan ke dia renovate rumah sbb bawa mak ayah duduk sekali?
Quote Nenasketum 31-3-2021 09:02 AM
Aku allergy melampau ngan dia nih.
Macam bapak dia sorang jer yang meninggal. Kenapa orang macam ni relevan? Ramai naw melayu sapot manusia cenggini ek
Quote AshkieLa 31-3-2021 10:36 AM
Nenasketum replied at 31-3-2021 09:02 AM
Aku allergy melampau ngan dia nih.
Macam bapak dia sorang jer yang meninggal. Kenapa orang macam n ...

tula sal.. dah dewasa dan stabil ade keluarga sendiri semua..over nau...


tu dak yg tengah amik SPM yg kematian ayah baru ni..
takde la over mcm gini...
baik kesiankan diorg yg baru nak tercari cari arah tuju...


Quote kucingitam 31-3-2021 10:40 AM
otomatik terngiang suara bingit dia bila baca pasal dia...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048313 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top