CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cef Panjat Pencawang Elektrik, Merajuk Sebab Isteri Tak Bawa Pergi Pasar

15-9-2021 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3161| Komen: 17

Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat sebuah pencawang telekomunikasi di Bang Lamung, dipercayai kerana  bertengkar dengan isterinya, lapor laman berita Thaiger News semalam.


Petugas keselamatan dan media tempatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari lelaki itu yang berada pada ketinggian 17 meter di atas pencawang  tersebut sekitar  pukul 9 malam (waktu tempatan).

Petugas keselamatan terpaksa memujuk lelaki itu menggunakan alat pembesar suara namun gagal.


Gambar Hiasan, Foto: Flickr

Lelaki tersebut mengaku dia memanjat menara tersebut selepas bertengkar dengan isterinya.

Menurut lelaki itu, dia bekerja sebagai seorang cef di sebuah restoran masakan Thailand dan meminta isterinya untuk membawanya ke sebuah pasar bagi membeli stok bahan masakan memandangkan dia berada dalam keadaan mabuk.


Isterinya bagaimanapun menolak permintaan lelaki itu, menyebabkan mereka bertengkar sebelum dia memanjat pencawang tersebut untuk memberi ‘pengajaran’ kepada wanita itu.

Petugas keselamatan akhirnya terpaksa memanjat menara itu untuk menurunkan lelaki tersebut.

Menurut pihak berkuasa Bang Lamung, dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan bagi menjalani penilaian mental rutin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 15-9-2021 09:47 AM
Gambar hiasan tu pencawang letrik ke tt? Benda tu boleh dipanjat ke?.
Akak tak kuasa nak layan kalau suami akak buat perangai begitu. Pernah dia marah seseorang cakap nak langgar je orang tu. Akak cakap kalau sampai terjadi anggap saja kita tak saling kenal mengenali. Untung le dia waras lagi.
Quote gekkou 15-9-2021 09:52 AM
dah mabuk masih nk fikir shopping barang basah ye
wife pun malas nk layan perangai
Quote nononcrux 15-9-2021 10:51 AM
gedik btl, potong kote tu baru tau
Quote cucutokwan89 15-9-2021 10:57 AM
Lps tu buat luahan kt fb KRT, isteri tak hiraukanku lagi.. Padahal tabiat dikau pun
Quote acikbrown 15-9-2021 11:59 AM
Satu kerja pulak petugas keselamatan tu nak selamatkan kau. Nasib tak kena renjatan elektrik.
Quote ninja9 15-9-2021 12:10 PM
waras ke orang tu... mcm tak betul sangatlah
Quote Bholatchomel 15-9-2021 01:26 PM
hahaahaha.. bila dah mabuk.. nasib baik tak kena renjatan letrik.. lelaki merajuk kalah orang perempuan.

semalam aku ada baca kisah laki merajuk dan kecewa ngan isteri sebab si isteri halau keluar dari labour room sebab dia buat isteri dia stress masa nak lahir anak pertama diorg.

kes dia

Wanita yang berusia 27 tahun itu menjelaskan bahawa suaminya ‘mudah tertekan dan meminta suaminya berjanji untuk mengawal keadaan ketika dia sedang melahirkan.

Tetapi, dia melanjutkan, semasa suaminya masuk ke dewan bersalin, dia menjadi ‘tertekan dan kebingungan,’ mengabaikan isterinya sehingga tidak mempedulikan langsung untuk memegang erat tangan isterinya itu ketika dia sedang melahirkan anak.

“Ketika saya sedang dalam kesakitan, saya melihat wajahnya, begitu merah dan terdapat urat di dahinya yang kelihatan seperti hendak pecah,” tulisnya.

“Ianya sama sekali tidak membantu, malahan, ianya sangat mengecewakan dan mempengaruhi emosi saya secara negatif. Namun, saya boleh menerimanya sampailah dia secara tiba-tiba mula menangis dengan sangat kuat. Perkara itu membuatkan saya bertambah panik.

“Saya mendapati diri saya menjerit menyuruhnya berhenti beberapa kali dan dia mula menjerit di telinga saya. Saya terus menyuruh jururawat membawanya keluar. Walaupun dia cuba bertengkar dengan saya namun dia tidak diberi peluang dan terus diarah untuk meninggalkan dewan.”

Suaminya itu sangat marah berkenaan perkara tersebut sehinggakan dia enggan mengunjungi isterinya di hospital dan tidak melawatnya serta bertemu dengan anaknya, sehingga mereka keluar dari hospital.

Semasa pulang ke rumah, suaminya itu terus ‘memarahi’ wanita tersebut kerana ‘merampas peluang untuk melihat nafas pertama anak perempuan mereka’.

Dia bahkan menuduh wanita itu hanya memberikan alasan untuk menghalaunya, dan mendakwa bahawa dia seharusnya dibenarkan masuk ke dewan bersalin walau apa pun yang terjadi.

“Saya penat nak bertengkar. Saya menyuruhnya berhenti bertengkar dan dia kata boleh tapi dia tak akan pernah melupakan apa yang telah terjadi pada hari itu,” tambahnya.
Quote edayildiz 15-9-2021 01:34 PM
memanjat pencawang tersebut untuk memberi ‘pengajaran’ kepada wanita itu

nasib tak kena KAREN jah pakcik oi..
tu la mabuk pun gedik lg..lain kali jgn minum dadah byk..bini pun malas nk lyn
Quote sukacactus 15-9-2021 01:48 PM
Apa la pengajarannya pun
Menyusahkan org ada la
Quote mejaputih 15-9-2021 01:52 PM
Bholatchomel replied at 15-9-2021 01:26 PM
hahaahaha.. bila dah mabuk.. nasib baik tak kena renjatan letrik.. lelaki merajuk kalah orang peremp ...

aiyo...kisah kat mana ni???
Quote I.K.A888990 15-9-2021 02:20 PM
haha kdg2 susah nk percaya cite depa ni
Quote imanjannah 15-9-2021 05:01 PM
dah mabuk.. gitu lah, isteri ko malas nk layan
Quote imanjannah 15-9-2021 05:03 PM
Bholatchomel replied at 15-9-2021 01:26 PM
hahaahaha.. bila dah mabuk.. nasib baik tak kena renjatan letrik.. lelaki merajuk kalah orang peremp ...

haha hahaha....
Quote missus_meow 15-9-2021 05:33 PM
tgh mabuk boleh gak memanjat tu ... sib baik tak jatuh ...
Quote JohnyEnglish 15-9-2021 05:43 PM
Pnjat antena tv tulang ikan je tu
Quote nakkomenjugak 15-9-2021 11:30 PM
Tak best tu
Try panjat burj khalifa
pergi sampai tingkat paling atas
Quote me12345 16-9-2021 10:39 AM
So sweet.....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037169 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top