CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Lari Entah Ke Mana, Apa Nasib Anak Usia 9 Bulan Tanpa Sebarang Dokumen Ni?

15-9-2021 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6873| Komen: 53

Description: "Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah," ujar Sahril Salleh, 47, dan isteri, Siti Norzamzirah Abu Bakar, ...
"Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah," ujar Sahril Salleh, 47, dan isteri, Siti Norzamzirah Abu Bakar, 47.


Pasangan itu yang tinggal di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil di sini, mendakwa membantu memelihara bayi itu, Aniq Syazwan, sembilan bulan, sejak dilahirkan.

Sahril berkata, mereka mengambil Aniq Syazwan sebagai anak angkat berikutan pasangan warga Indonesia itu mendakwa mereka tidak mampu membesarkan bayi itu atas faktor kesempitan hidup.


Foto: Harian Metro

"Kami pernah meminta ibu bayi itu tampil membantu menyelesaikan masalah urusan permohonan dokumen pengenalan kanak-kanak itu secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


"Kali terakhir berhubung dengan ibu bayi ini bernama Imelda adalah pada Julai lalu. Ketika itu kami menyuarakan cadangan kepada wanita itu supaya membuat dokumen pengenalan diri Aniq Syazwan.

"Kami bagaimanapun terkejut apabila pemilik rumah didiami pasangan itu memaklumkan ibu bapa Aniq Syazwan sudah lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa," katanya tadi.

Malah menurutnya, majikan bapa bayi itu mendakwa lelaki terbabit sudah sebulan tidak hadir ke tempat kerja.

"Kami bimbang sekiranya Aniq Syazwan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan menyukarkan bayi malang ini untuk menempuh alam persekolahan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa bayi itu boleh menghubunginya di talian 012-6768513," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt
Quote aku_best 15-9-2021 08:57 AM
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt

iols setuju dgn pendapat sis...bila anak dah senang nanti baru mengaku mak bapak kandung...
Quote airmineral 15-9-2021 09:16 AM
adoi ai kesian kt budak tu
mak bapak pun .. smp hati buat nasib anak cmtu
mcmn la masa depan dia ni nnt{:freak
Quote mclaren 15-9-2021 09:21 AM
Ya rabbi... ada mak ayah cabut lari tinggal baby macam tu je???
Quote kakakko 15-9-2021 09:22 AM
manehnya replied at 15-9-2021 12:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt

Eii baca pun dah sakit hati..
Quote bluebutter 15-9-2021 09:32 AM
Husbaby dia nampak muda dan kacak jugak kan.

Baik hati pasangan ni.
Semoga Allah murahkan rezeki to them.
Quote nononcrux 15-9-2021 09:33 AM
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt

Indon memenag mcm tu, dia tinggal ank dgn org yang mampu supaya ank dia senang masa akan datang.. byk sinetron indon mcm ni
Quote nononcrux 15-9-2021 09:34 AM
ntah ape ape indon ni, buat sampah kat malaysia
Quote manehnya 15-9-2021 09:37 AM
nononcrux replied at 15-9-2021 09:33 AM
Indon memenag mcm tu, dia tinggal ank dgn org yang mampu supaya ank dia senang masa akan datang..  ...

Aaa dasar sgt... Tau buat anak ja, hati kering sungguh depa kan, sangup tingai mcm tu saja, pastu yg ibubapak angkat la yg gigih nak dpt kan taraf warga negara utk anak indon
Quote manehnya 15-9-2021 09:38 AM
kakakko replied at 15-9-2021 09:22 AM
Eii baca pun dah sakit hati..

Itu la matlamat
Quote nononcrux 15-9-2021 09:39 AM
manehnya replied at 15-9-2021 09:37 AM
Aaa dasar sgt... Tau buat anak ja, hati kering sungguh depa kan, sangup tingai mcm tu saja, pastu  ...

ye, lg satu keturunan indon ni bangsa yang suka memunya harta. berlagak dia lain mcm hahah
Quote KIM.K 15-9-2021 09:44 AM
Pasangan ni dah ada anak ke sebelum anak angkat.
Baby ni bila dapat citizenship jadi bernilai pada bioparents. Study, job, faedah bumi, beli rumah macam2 la org nak manipulate
Quote manehnya 15-9-2021 09:59 AM
nononcrux replied at 15-9-2021 09:39 AM
ye, lg satu keturunan indon ni bangsa yang suka memunya harta. berlagak dia lain mcm hahah

Yg dpt kawen suami org tenpatan lgi lah menyombong, x dak teruih logat indon, cuma bila jumpa set2 dia kuar habis semua
Quote nononcrux 15-9-2021 10:03 AM
manehnya replied at 15-9-2021 09:59 AM
Yg dpt kawen suami org tenpatan lgi lah menyombong, x dak teruih logat indon, cuma bila jumpa set2 ...

kan, aku perati je indon pr ni..bangsa dorang suka beza-beza kasta.. tak relax kalau kaya kau layan mcam raja, yg biasa biasa boo lyn..
Quote JunkMail 15-9-2021 10:11 AM
Kunyah cikedis je lah tengok sketsa ni.. taraf warganegara tu timbang kilo je bagi kat semua org..
Quote awanysss 15-9-2021 10:17 AM
manehnya replied at 15-9-2021 09:37 AM
Aaa dasar sgt... Tau buat anak ja, hati kering sungguh depa kan, sangup tingai mcm tu saja, pastu  ...

uols ada pengalaman ke..mcm mencik sgt je..
Quote kakakko 15-9-2021 10:50 AM

Itulah dia.. Indon dah lama stay Malaysia. Banyak akal dah tu..
Quote merrissa 15-9-2021 11:00 AM
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt

indon dan claim tiada berpisah

cuba jad mat pit...dia nak claim tak
Quote arasham 15-9-2021 11:10 AM
Bkn ini mmg taktik indon ke nak anak dpt warganegara? Dulu lagi warga forum sebut konon2 mak pak ilang.. walhal ada je sebenarnya.. silap2 yg berlakun dpt bayaran

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.120874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top