CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Gumonim, Tak Pernah Kena Walau Satu Dozz Pun Boleh Dine In Jua"

24-9-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6073| Komen: 35

Seorang peniaga disiasat selepas membuat hantaran dan memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya mendakwa makan di sebuah restoran biarpun belum lagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 43 tahun itu membuat hantaran berkenaan pada 11 September lepas.



"Tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga…Gumonim..Semua," tulisnya sebelum seorang pemilik Twitter membuat ciapan tangkap layar hantaran Facebook milik lelaki terbabit.

Berikutan itu, siasatan terhadap lelaki terbabit dilakukan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan.

“Bertindak atas maklumat itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pasir Puteh bagi membolehkan satu siasatan dilakukan ke atas kejadian. 

"Polis telah mengesan pemilik akaun Facebook terbabit dan dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bagi membantu siasatan.


“Hasil siasatan, lelaki itu mendakwa gambar yang dimuat naik merupakan gambar individu yang tidak dikenali yang diambil di dalam group WhatsApp, lelaki itu juga mendakwa tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah untuk bergurau dan tidak ada niat yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Shafien berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin yang lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269/506(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sumber: BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 08:07 AM
"Lelaki itu juga menyatakan tujuannya memuat naik gambar itu hanyalah untuk bergurau sahaja dan tiada niat lain," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Shafien berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 43 tahun itu masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin lain.

yer lah bergurau jer ...
tapi...?
nak nengok dulu ... ada respon ke tak...
kalo ada segeng ... apalagi lah kan ...

sebab sendiri pun lom vaksin lagi... ada niat lain la tu ...


Quote DayangKirana 24-9-2021 10:14 AM
dan dan ngaku gambo org lain..
ingat set2 bbnu je suka upload bragging kat socmed, dh tua2 bangka pon sama 2x5 sama2 bodoh.
Quote heythere123 24-9-2021 12:29 PM
bangang tak bertempat. Golongan yg gurau bodo/provoke orang macam ni la yg menaikkan darah orang
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 01:48 PM
DayangKirana replied at 24-9-2021 10:14 AM
dan dan ngaku gambo org lain..
ingat set2 bbnu je suka upload bragging kat socmed, dh tua2 bangka p ...
haha jangan ...

yang tua2 baru kenal FB apa semua tu ... lagi ligat dari BBNU

Quote ease 24-9-2021 02:13 PM
Gurau la sangat.. Dah habis kelakar la tuu.. Mmg kena ngan titlr.. Edisi padan muka!!
Quote missus_meow 24-9-2021 02:45 PM
sume nk dijadikan bahan gurauan ... upload kat medsoc plak ... kan dah mendapat. menyusahkan diri sendiri ....
Quote azie5zoe 24-9-2021 03:13 PM
Jenuh Iols baca dua tiga kali ayat gumonim tu, ingat lidah jer pelat, jari pun pelat.
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 03:15 PM
azie5zoe replied at 24-9-2021 03:13 PM
Jenuh Iols baca dua tiga kali ayat gumonim tu, ingat lidah jer pelat, jari pun pelat.


apa makna nya ey ...?

bunyi macam good morning ...



Quote azie5zoe 24-9-2021 03:20 PM
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 03:15 PM
apa makna nya ey ...?

bunyi macam good morning ...

Rasanya good morning tu..
Quote fatinandreanna 24-9-2021 03:29 PM
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 08:07 AM
yer lah bergurau jer ...
tapi...?
nak nengok dulu ... ada respon ke tak...

-Dia nak tengok respon kan ? Mmg betul dapat respon.
-Kena panggil kat balai.
Kalau nasib bertambah xbaik, kes dia disiasat under 3 seksyen tu semua kena naik court.

Unnecessary burden kan?
Quote KamikuP 24-9-2021 03:31 PM
Gumonim = good morning sskjp
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 03:34 PM
azie5zoe replied at 24-9-2021 03:20 PM
Rasanya good morning tu..
haha mesti tergeliat juga nak menyebut nya
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 03:34 PM
fatinandreanna replied at 24-9-2021 03:29 PM
-Dia nak tengok respon kan ? Mmg betul dapat respon.
-Kena panggil kat balai.
Kalau nasib berta ...
pikir dapat penyokong ...

rupa2 nya dapat bala

Quote squeeze 24-9-2021 03:35 PM
lapar perhatian, xpasal2 ke balai
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 03:35 PM
KamikuP replied at 24-9-2021 03:31 PM
Gumonim = good morning sskjp
kita lak dok pusing mikir pa menda  ...
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 03:36 PM
squeeze replied at 24-9-2021 03:35 PM
lapar perhatian, xpasal2 ke balai
nak tips dari rakan setakvaksin la kot ...

Quote _blackbird 24-9-2021 04:04 PM
Penolak vaksin ni kan, bangang dan suka buat provokasi mmg berpisah tiada. Diorg ni makan apa jadi bodoh. Curious iols
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2021 04:09 PM
_blackbird replied at 24-9-2021 04:04 PM
Penolak vaksin ni kan, bangang dan suka buat provokasi mmg berpisah tiada. Diorg ni makan apa jadi b ...
baca doa makan tak betul ...kot


takat takmo vaksin dan dendiam jer ... tu kita tak kisah la kan ...

ni dah la takmo ... banyak buat hal... kulu kilir kata nak hak nak hak... ades ...


Quote _blackbird 24-9-2021 04:15 PM
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 04:09 PM
baca doa makan tak betul ...kot



Kan.. hak apa yg dia perjuangkan pon kita tak Tahu. Kat tempat iols ni mana2 regular customer mmg yg sebelum covid dari breakfast, lunch, teatime melepak kat kedai tu mmg tokey kedai bg je dine in kalau tak vaksin pon tapi takyah la kecoh bgtau 1 dunia.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040039 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top