CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembedahan Untuk Jadi Orang Bunian

24-12-2013 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11916| Komen: 31


Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti orang bunian.

Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu.

Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu.

Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.

Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam.

Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.

Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya.

Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.

Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.

Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan.

“Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 24-12-2013 09:59 AM
Errrrrrrrr....ai pun suka legolas &arwen..tp ai love aragon more ...ada sesape yg nak bedah kaki jd mcm hobbit tak?
Quote ellZack 24-12-2013 10:02 AM


https://twitter.com/MelyndaMoon

aku membayangkan tlinga dia panjang macam avatar..

Quote jengkoil 24-12-2013 10:04 AM
Huhuh..ai suka yoda...nope...bukan air soda la samdol...bukan yoga jugak.

nape dia tak operate sama macam yoda, tak pun smeagol my precious...mesti budak2 xnak beraya rumah dia...sep duit angpau
Quote lucky_peace 24-12-2013 10:04 AM
tetibe teringat konon-kononye akan ade filem citer bunian yang nasha aziz akan berlakon.. mase promo nasha pakai telinga camnilah...
Quote xtahumenahu 24-12-2013 10:07 AM
aperrr lee pelik2 perangai manusia ni...
Quote shiro82 24-12-2013 10:10 AM








Beauty with pain......



Quote ogata 24-12-2013 10:26 AM
tak nyesal ke ?
Quote whadda 24-12-2013 10:27 AM
boleh je nak tambah sayap belakang tu cumanye bile dh tambah mmg ade kekurangan kekal la yaitu tak boleh terbang... hahaa... banyak sngat tengok tv la pompuan ni...
Quote fizroy 24-12-2013 10:30 AM
maciam maciam.....semoga mendapat rahmat
Quote MissNigga 24-12-2013 10:30 AM
Elf ler sesangat....

Ada tak nak ubah muka jadi cam orc or uruk hai ker??
Quote kenarikelabu 24-12-2013 10:33 AM
sah...kaki kuat tgk dvd nihh
Quote citulla3 24-12-2013 11:34 AM
terpengaruh ngan tv sangat ler minah nie...aku pun minat gak ngan legolas and arwen tu tapi xde ler spi nak jadi cam diaorg...
Quote pakwetizzaqyah 24-12-2013 11:43 AM
aku ingt shiah je suke buat kerja bodoh..canadian pun sama?
Quote solstice 24-12-2013 11:43 AM
Ok
This is stupid
Moga bahagia
Quote amyainsamad 24-12-2013 11:44 AM
gilerla...
Quote xdielzx 24-12-2013 11:48 AM
Mcm buruk je lps surgery..
At least telinga tipu yg depa pakai time LOTR cantik gak
Quote mrsbob 24-12-2013 12:02 PM
MissNigga posted on 24-12-2013 10:30 AM
Elf ler sesangat....

Ada tak nak ubah muka jadi cam orc or uruk hai ker??

urukhai xde sapa minat.... hahahaha

Quote MissNigga 24-12-2013 12:14 PM
mrsbob posted on 24-12-2013 12:02 PM
urukhai xde sapa minat.... hahahaha

khenzz... dah ler busuk dan serabai ...
munyit pun shantek uols...



Quote biggirlduncry 24-12-2013 12:22 PM
erk... geli aku tengok..
pelik sungguh impian ko ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039999 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top