Ayat 1000 dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq.Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang kita, khususnya yang terlibat dalam dunia perniagaan. Justeru itu tak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu? Inilah realiti yang berlaku.Bagi bapa-bapa ayam yang bukan beragama Islam ini, ayat tersebut dianggap ‘tangkal’ yang boleh mendatangkan ‘ong’ atau keuntungan. Setelah mendapat maklumat, penulis bertindak menyiasat bagi memastikan kesahihan dakwaan yang dimaksudkan.Tempat yang dituju adalah kawasan pelacuran murahan terkenal di ibu kota iaitu sekitar Lorong Hj. Taib di Chow Kit. Namun terdapat satu masalah besar. Adalah mustahil untuk masuk ke dalam bilik ‘penyundalan’ begitu saja.Mahu tak mahu, penulis terpaksa menyamar seolah-olah mahu ‘melanggan’ salah seorang pelacur di situ. Usai ‘tawar menawar’, penulis menyerahkan wang sebanyak RM20 kepada bapa ayam sebagai bayaran untuk menggunakan salah sebuah bilik di ‘premisnya’.Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut. Keadaan juga agak gelap dan ‘menggerunkan’.Sampai saja di bilik, bapa ayam itu meminta penulis menunggu sebentar sementara ‘anak ayamnya’ bersiap.Sebaik saja masuk ke dalam bilik, penulis terus menyalakan lampu dan mencapai kamera kompak yang dibawa. Sah! Memang sah! Sebaik saja lampu menyala, terbentang ayat 100 Dinar di dalam bilik tersebut Perasaan penulis menjadi bercampur-baur…sebak ada, marah pun ada! Sebak kerana mengenangkan betapa ayat suci Al-Quran dihina sebegitu rupa hingga menjadi ayat hiasan bilik ‘penyundalan’ saja tarafnya.Marah pula kerana mengenangkan mengapa payah benar pihak berwajib hendak mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab. Betul, Chow Kit khususnya Lorong Hj. Taib dah banyak berubah berbanding dulu. Banyak rumah-rumah persundalan sudah ditutup atau dirobohkan, tetapi ada yang masih ‘keras kepala’ Memandangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini, perbuatan menghina ayat Al-Quran oleh bapa-bapa ayam ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela!Berbalik kepada situasi penulis, sebaik saja mengambil beberapa ‘shot’, penulis terus meluru keluar dari bilik tersebut. ” Kawan, mana lu mau pergi, amoi sudah mau sampi maaaa,” jerit bapa ayam itu sebaik saja melihat kelibat penulis yang tergesa-gesa keluar dari bilik berkenaan. ” Haiyya taukeh, gua sakit perutlah, mau balik dulu, esok gua datang,” kata penulis dengan selamba. ” Lu banyak celakalah, lain kalau lu datang gua kasi hentam lu punya muka!,” katanya dengan muka kemerahan. Sebenarnya nak tergelak pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, umur bapa ayam itu adalah kot sebaya dengan umur datuk penulis, ada hati lagi nak pukul orang.
|
DeMax posted on 29-1-2014 04:30 PM
mengunjungi tempat2 maksiat adalah HARAM hukumnya..tak tau la penulis murahan ni syiah or sunni
Suchi posted on 29-1-2014 09:09 PM
siapa blogger neh?
emm hazabnya tengok tilam tempat beromen tuh
tak penah tukar eh cadarnya
Suchi posted on 29-1-2014 09:09 PM
siapa blogger neh?
emm hazabnya tengok tilam tempat beromen tuh
tak penah tukar eh cadarnya
bau busuk,hanyir,kotor
cemtu tempat nak memadu asmara ishhh
Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.
ADVERTISEMENT