CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8949|Reply: 28

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Pelacur

[Copy link]
Post time 29-1-2014 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Ayat 1000 dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq.Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang kita, khususnya yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Justeru itu tak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju.
Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu?



Inilah realiti yang berlaku.Bagi bapa-bapa ayam yang bukan beragama Islam ini, ayat tersebut dianggap ‘tangkal’ yang boleh mendatangkan ‘ong’ atau keuntungan. Setelah mendapat maklumat, penulis bertindak menyiasat bagi memastikan kesahihan dakwaan yang dimaksudkan.Tempat yang dituju adalah kawasan pelacuran murahan terkenal di ibu kota iaitu sekitar Lorong Hj. Taib di Chow Kit.


Namun terdapat satu masalah besar. Adalah mustahil untuk masuk ke dalam bilik ‘penyundalan’ begitu saja.Mahu tak mahu, penulis terpaksa menyamar seolah-olah mahu ‘melanggan’ salah seorang pelacur di situ.



Usai ‘tawar menawar’, penulis menyerahkan wang sebanyak RM20 kepada bapa ayam sebagai bayaran untuk menggunakan salah sebuah bilik di ‘premisnya’.Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.

Keadaan juga agak gelap dan ‘menggerunkan’.Sampai saja di bilik, bapa ayam itu meminta penulis menunggu sebentar sementara ‘anak ayamnya’ bersiap.Sebaik saja masuk ke dalam bilik, penulis terus menyalakan lampu dan mencapai kamera kompak yang dibawa.

Sah! Memang sah!

Sebaik saja lampu menyala, terbentang ayat 100 Dinar di dalam bilik tersebut

Perasaan penulis menjadi bercampur-baur…sebak ada, marah pun ada!



Sebak kerana mengenangkan betapa ayat suci Al-Quran dihina sebegitu rupa hingga menjadi ayat hiasan bilik ‘penyundalan’ saja tarafnya.Marah pula kerana mengenangkan mengapa payah benar pihak berwajib hendak mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.

Betul, Chow Kit khususnya Lorong Hj. Taib dah banyak berubah berbanding dulu.
Banyak rumah-rumah persundalan sudah ditutup atau dirobohkan, tetapi ada yang masih ‘keras kepala’

Memandangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini, perbuatan menghina ayat Al-Quran oleh bapa-bapa ayam ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela!Berbalik kepada situasi penulis, sebaik saja mengambil beberapa ‘shot’, penulis terus meluru keluar dari bilik tersebut.
” Kawan, mana lu mau pergi, amoi sudah mau sampi maaaa,” jerit bapa ayam itu sebaik saja melihat kelibat penulis yang tergesa-gesa keluar dari bilik berkenaan.

” Haiyya taukeh, gua sakit perutlah, mau balik dulu, esok gua datang,” kata penulis dengan selamba.

” Lu banyak celakalah, lain kalau lu datang gua kasi hentam lu punya muka!,” katanya dengan muka kemerahan.

Sebenarnya nak tergelak pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, umur bapa ayam itu adalah kot sebaya dengan umur datuk penulis, ada hati lagi nak pukul orang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 04:21 PM | Show all posts
hahahahaha... datuk2 pun gengster!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:23 PM | Show all posts
kurang ajar tul la bapak ayam ni...

report je....

geram tul macik tgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:30 PM | Show all posts
mengunjungi tempat2 maksiat adalah HARAM hukumnya..tak tau la penulis murahan ni syiah or sunni

Comments

dah dia ni buat siasatan pe kaitan ngan syiah sunni ni?? jangan nak provoke kat sini yer  Post time 29-1-2014 11:13 PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:49 PM | Show all posts
DeMax posted on 29-1-2014 04:30 PM
mengunjungi tempat2 maksiat adalah HARAM hukumnya..tak tau la penulis murahan ni syiah or sunni

Tapi kalu untuk siasatan tak pa kot...bukan nak p menyundal pun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 06:20 PM | Show all posts
ayat tu kan konon ntok pelaris...tarik rejeki masuk...depa guna la...x amal pon Al Quran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2014 09:09 PM | Show all posts
siapa blogger neh?
emm hazabnya tengok tilam tempat beromen tuh
tak penah tukar eh cadarnya
ntah apa2 manusia penah berjimak situ

bau busuk,hanyir,kotor
cemtu tempat nak memadu asmara ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:32 PM | Show all posts
Suchi posted on 29-1-2014 09:09 PM
siapa blogger neh?
emm hazabnya tengok tilam tempat beromen tuh
tak penah tukar eh cadarnya

Nafsu kalau dah niat nak buat maksiat tak ingat azab Allah SWT tak kira tempat asal boleh je lampias tepi longkang MBSA pun takda hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 11:05 PM | Show all posts
rm20 jah ?murahnyer
penulis ni prot pi report polis,
xreport mne pihak berkuasa nk tau ade apek letak ayat 1000 dinar kt rumah pnyundalan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:47 PM | Show all posts
Gigih nak tampal ayat Al Quran kat tempat maksiat.  Ayat Al Quran untuk dibaca bukan untuk buat display cam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:20 AM | Show all posts
kurang ajar betul...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak termuntah aku tgk tilam masam tu. Ntah dah berapa peta dunia gamaknya tercipta dari benih2 jantan kemaruk & lendir betina sundal..Bweek.. Berkerak2.. Reput tilam cmtu je..

Haissshhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 07:36 AM | Show all posts
kenapa penulis xcabut ja
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 09:20 AM | Show all posts
kotor je tgk tilam tu....ada selera ek dorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 09:58 AM | Show all posts
20 hengget ???? haiyooo.... ayam pakai kasut lebih morah dari ayam kat pasar malam kotttt...???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 10:40 AM | Show all posts
uwekkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 12:09 PM | Show all posts
erkkk
ada jugak yg bernapsu main kat tmpt mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 01:52 PM | Show all posts
hebat aa penulis..tau pula port baik di Lorong Hj Taib
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 02:22 PM | Show all posts
Suchi posted on 29-1-2014 09:09 PM
siapa blogger neh?
emm hazabnya tengok tilam tempat beromen tuh
tak penah tukar eh cadarnya

bau busuk,hanyir,kotor
cemtu tempat nak memadu asmara ishhh

Bau busuk hanyir tu kat tangga, beb. Memadu asmara dalam bilik...Nampak sangat skill membaca toq...
Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 02:44 PM | Show all posts
kotornya tilam ngan bantal..bantal 1 je?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.086621 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list