CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tak Risau Kontroversi, Awie Sedia Bercawat & Bertatu

16-5-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13605| Komen: 92

Description: "Untuk Watak Itu Saya Akan Bercawat Dan Badan Saya Akan Dilukis Dengan Tatu. Saya Tiada Masalah Nak Bercawat. Sebab Kisah Yang Akan Dipersembahkan Nanti Tentang Seorang Pahlawan Berketurunan Dayak D ...

.


Ya, anda tidak tersalah baca. Memang benar penyanyi dan pelakon Awie akan muncul dengan 'imej' bercawat. Tetapi penampilan itu hanya akan dapat dilihat oleh para penonton pada April tahun depan menerusi sebuah teater berjudul 'Rajang' yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB).

"Kalau perempuan boleh berkemban, kenapa pula lelaki tak boleh bercawat", katanya dengan nada bergurau ketika ditemui di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Vokalis kumpulan Wings ini berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbarunya.


Beritahu Awie lagi, beliau kini sedang dalam proses menurunkan berat badan sebagai persiapan untuk teater tersebut. Selain sebelum itu beliau akan menjayakan 'Teater Supermokh' musim kedua yang akan dipentaskan juga di Istana Budaya pada September ini

"Saya akan sibuk di pentas 'Teater Supermokh musim kedua yang akan dipentaskan pada September ini. Selain itu sekarang ini saya juga sedang membuat persediaan bagi menjayakan teater 'Rajang'.

"Ia sebuah teater yang menceritakan tentang kehidupan pahlawan di Sarawak", katanya sempat meluanggkan masa beberapa minit bersama media sebelum terpaksa bergegas untuk ke Damansara bagi menjalani proses dubbing filem 'Gangster Superstar', arahan Khabir Bahtia.

Mengulas lebih tentang watak memerlukan beliau bercawat, Awie berpendapat dalam soal menghidupkan satu-satu watak sekaligus menjadikan jalan cerita sesebuah naskah itu lebih realistik, beliau sedia melakukan apa saja seperti yang dituntut oleh karakter yang akan dilakonkan nanti.

"Untuk watak itu saya akan bercawat dan badan saya akan dilukis dengan tatu. Saya tiada masalah nak bercawat. Sebab kisah yang akan dipersembahkan nanti tentang seorang pahlawan berketurunan dayak dari Sarawak. Jadi memang kehidupan dan cara orang dayak pada masa itu di sana memang begitu. Mereka bercawat dan mempunyai tatu", katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau sedang sibuk dengan persiapan dan latihan bersama anggota Wings yang lain untuk konsert, 'Wings Versi Tanpa Distortion' pada 8 Jun ini, bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa (PICC).


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 16-5-2014 10:26 AM
perempuan kemban

lelaki cawat

Quote ellynorman 16-5-2014 10:30 AM
huh... masing2 nak tunjuk... nak tayang,... buah buahan...
Quote ex-bantal.B 16-5-2014 10:31 AM
yuck.. geli tengok..
Quote idadzira 16-5-2014 10:31 AM
apa apa je la abg awie, jangan lupa pakai spender dalam cawat ye
Quote tapibukanaku 16-5-2014 10:31 AM
tak sabar nak tengok awie bercawat..........

aummmmmmmmmmmmmm
Quote azie.dz 16-5-2014 10:54 AM
nak kejar glamer nya pasal..suruh berbogel dia sanggup kot
Quote tapibukanaku 16-5-2014 10:57 AM
azie.dz posted on 16-5-2014 10:54 AM
nak kejar glamer nya pasal..suruh berbogel dia sanggup kot

awie berbogel?........tak tasty sgt lah...
Quote enchikfitz 16-5-2014 11:04 AM
Klu badan cantek sedap lah dipandang.

Kahkah
Quote ais_kosong 16-5-2014 11:07 AM
semua demi cintanya pada seni
Quote dejure 16-5-2014 11:14 AM
propa jer dia ni..gila nk bercawat kat ib..mau ade yg xtido mlm kangg.. biasalah cari kontroversi dlu nk laku kan cite..dah muakkk la
Quote leezzaliza 16-5-2014 11:21 AM
Bercawat je pun... Bukan nye pakai spender saje.. Lain la klau pkai spender saje.. Nak jugak tgk besar mane bonjol depan tu..
Quote tupai_tupai 16-5-2014 11:26 AM
bercawat je mcm pakai seluar pendek je kekdahnya.

tapi awie bercawat? ermmm.... takpelah
Quote tomet05 16-5-2014 11:30 AM
jangan bercawat terbonjol sana sini macam si ammr sudey la kan
Quote solstice 16-5-2014 11:40 AM
Masyarakat kita makin open & x kesah sgt
50 tahun lg adegan cium @ romen @ bogel dalam lakunan msia pon org dah x kesah
Seni katanya
Kalau kat barat la ni dah sampai tahap main betul2 utk lakunan
Quote mitnick 16-5-2014 11:55 AM
umumkan bercawat n bertatu.. dengan harapan ramai membeli tiket
Quote DayangKirana 16-5-2014 12:20 PM
tasty ke awie bercawat?

tok slero okeh...
Quote Leyla 16-5-2014 12:37 PM
sesuwai ker...
Quote DayangKirana 16-5-2014 12:44 PM
Leyla posted on 16-5-2014 12:37 PM
sesuwai ker...

aku tertengok ko nyer avatar..dah terbayang ghoper awie gitu...



Quote chickenwing 16-5-2014 12:59 PM
azie.dz posted on 16-5-2014 10:54 AM
nak kejar glamer nya pasal..suruh berbogel dia sanggup kot

helooooo.....awie kot....bukan kerja dia nk kejar glamer...beliau sudah cukup glamer hokeyy...both dalam bidang seni dan lain2 bidang yg diceburi oleh beliau. Apa ingat dia baru setahun jagung ke dalam industri nk kejar glamer bagai....pfttt....

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.137236 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top