CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan

6-11-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20797| Komen: 86

Description: Penyanyi Itu Turut Mempunyai Dua Lagi Anak Hasil Perkahwinan Terdahulunya Dengan Penyanyi Arni Nazira Iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, Dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan

Rozana (kiri) turut ditemani kakaknya iaitu aktres Haliza Misbun. 



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu mengarahkan isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain menetapkan tarikh 26 November ini untuk Rozana menyerahkan akuan bersumpah berhubung perkara itu daripada pegawai jabatan agama berkenaan.

"Apabila pihak Rozana menyatakan tiada sebarang pendaftaran pernikahan dibuat, maka kenyataan secara sumpah daripada pegawai terbabit perlu dibuat bagi mengesahkan kedudukan tersebut.

"Sekiranya pihak lain (Awie) berhasrat membuat soal balas, maka sepina akan dikeluarkan. Barulah ia boleh dijadikan rujukan. Saya tidak mahu kes ini menimbulkan perkara yang tidak tepat," hujahnya.

Dakwaan bahawa perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.




Awie bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mahkamah menetapkan 26 November depan untuk Rozana memasukkan afidavit berhubung akuan bersumpah tersebut, manakala 18 Disember untuk pihak Awie melakukan soal balas.

Sementara itu, bagi kes hak jagaan anak, pihak mahkamah menetapkan tarikh 27 November untuk pendengaran permohonan itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu turut hadir bersama wakil peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Terdahulu pada 18 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Awie membayar kos guaman sebanyak RM900 kepada Rozana selepas bantahannya berhubung permohonan Rozana bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehnya ditolak.


Dalam kejadian lain Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun 2013.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 6-11-2014 12:46 AM
Rindu Rozana Terhadap Anak Sehingga Hadir Dalam Mimpi
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 12:30 AM


[size=0.75em]Rozana Misbun rindukan anak-anak. Foto RAJA FAISAL HISHAN

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Kerinduan isteri kepada Awie iaitu Rozana Misbun terhadap anak-anak yang kini di bawah jagaan aktor itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sehingga dia terbawa-bawa dalam mimpi.

Rozana, 36, berkata, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan sementara kepada Awie iaitu pada 22 Julai lalu, dia tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya.

"Hampir lima bulan saya menderita kerana terlalu rindukan anak-anak. Saya cuba hubungi mereka, tetapi nombor seperti tidak digunakan lagi. Sehinggakan hampir setiap hari saya mimpi berjumpa dengan mereka," katanya kepada mStar Online  ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Bagaimanapun tambah Rozana, dia percaya satu hari nanti, mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan kerana dia yakin berada di pihak yang benar.

Dalam pada itu, bagi meredakan hatinya, Rozana mengambil pendekatan untuk membaca pelbagai buku selain menjaga dua anak buahnya agar kerinduan dan rasa sedih itu terubat.

"Sehingga kini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap kebenaran akan ditunjukkan jua. Harap-harap dapat berjumpa dengan mereka segera. Tetapi sama ada mereka sayangkan saya lagi atau tidak, saya tidak mahu fikir. Saya serahkan perkara itu kepada Allah," ujarnya.

Quote tepisket.. 6-11-2014 01:06 AM
Siyesnye kak haliza,
Quote nonarona 6-11-2014 02:29 AM
haliza misbun ke tu? dah mcm bibik indon jee...ciann jgak kat rozana patutnye walau apa yg berlaku jgn la pisahkan anak2 ngan ibunye...
Quote putehkundor 6-11-2014 05:50 AM
Haliza misbun andartu terlampau 30 hari mencari suami tu dah kahwin ke belum?
Quote Syd 6-11-2014 06:49 AM
putehkundor posted on 6-11-2014 05:50 AM
Haliza misbun andartu terlampau 30 hari mencari suami tu dah kahwin ke belum?

lom.... gegeli jerrrr
Quote mitnick 6-11-2014 06:54 AM
lamaa jugaklaa xjumpa anak2
Quote addamnor 6-11-2014 07:11 AM
Smoga rozana boleh berjumpa dgn anaknya & belajar sesuatu dari perbuatan khianatnya terhadap awie swaktu dulu

Smoga awie terus menjadi bapa yang penyayang dan memaafkan perbuatan rozana yang mencuri duit beliau. Smoga beliau tone down tidak lagi membelasah perempuan kerana itu sungguh tdk berbelas ihsan terhadap perempuan yang lemah itu.
Quote alieyrina 6-11-2014 07:24 AM
Aku suka liza misbun belakon..err kecuali filem andartu tu  
Quote mzzenma 6-11-2014 07:32 AM
rozana dah mcm bapok lorong..haliza  misbun dah mcm bibik indon

Quote asampodeh 6-11-2014 07:33 AM
dh mokcik2 sgt rupe lijah misbun dlm gambo tu..
Quote annehuda 6-11-2014 07:53 AM
Syd posted on 6-11-2014 06:49 AM
lom.... gegeli jerrrr

Kalau iols jd haliza misbun tgk adik pompuan kene debik mcm ni pun iols trauma nk kawen kot
Quote Syd 6-11-2014 08:13 AM
annehuda posted on 6-11-2014 07:53 AM
Kalau iols jd haliza misbun tgk adik pompuan kene debik mcm ni pun iols trauma nk kawen kot

i rasa yg seswai kawen ngan sawie ni, patutnya ngan HALIZA ni lerrr. cerdik kawen ngan cerdik. pukida kawen ngan pigida Last edited by Syd on 6-11-2014 10:37 AM

Quote ellZack 6-11-2014 08:42 AM
baru perasan.. awie guna lawyer yang sama dengan rita..
lawyer diorang ni memang cater kes retis ke?
Quote Kebabomb 6-11-2014 08:54 AM
Bergaduh laki-bini, janganlah babitkan anak-anak...sangat mendera emosi...
Quote makneng 6-11-2014 09:13 AM
la si haliza misbun ke tu, aku ingat sape tadik..pakai tudung mcm budak sekolah tak pakai skaf
Quote doubleA 6-11-2014 09:24 AM
Sekali tengok gambar,tak perasan yg tu rupanya haliza misbun
Quote katakau 6-11-2014 09:49 AM
errr..lainnya rupa haliza misbun..
Quote edoraixora 6-11-2014 09:53 AM
Syd posted on 6-11-2014 08:13 AM
i rasa yg seswai kawen ngan sawie ni, patutnya rozana ni lerrr. cerdik kawen ngan cerdik. pukida k ...

rozana ke haliza?

Quote edoraixora 6-11-2014 09:53 AM
haliza misbun nmpak selekeh sangat la pulak

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.122466 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top