CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Aku Tak Redha Dengan Perbuatan Mereka Aniaya Aku & Anak-Anak’ – Bekas Menantu Zainal Abidin

8-2-2024 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9730| Komen: 23


Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan perasaan sedih apabila mengenangkan anak-anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sofia berkongsi beberapa keping foto anak sulungnya ketika kanak-kanak itu melakukan aktiviti di sekolah.

Dalam hantaran yang sama, Sofia dilihat sedang memeluk kedua-dua cahaya matanya sambil menangis.



"Besar dah anak-anak mommy. Macam baru je bersalin dekat korang. Zayne, mommy ingat lagi hari pertama masuk playschool dan sekarang dah masuk sekolah rendah.

"Dear Seri, parut c-section kat perut mommy masih terasa lagi".


Dalam pada itu, Sofia sempat menitipkan doa untuk kesejahteraannya dan anak-anak selain berharap agar balasan diberikan terhadap mereka yang cuba memisahkan dia dan zuriatnya.

"Sayang awak berdua. Insya Allah. Sekali Ibu, selamanya Ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mommy di mana jua anak-anak mommy berada."

"Lindungilah anak-anakku Ya Allah, jauhkanlah mereka dari segala bahaya. Mereka masih kecil Ya Allah. Doa aku semoga mereka yang berniat memisahkan anak-anak ku dari aku diberikan hidayah dan pengajaran.

"Aku redha dengan setiap yang berlaku namun aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah".

"Setiap mereka yang bersubahat dan bersama dalam mempertikaikan aku ibu kepada anak-anakku, diberikan rasa sakit yang sama aku lalui".

Walau bagaimanapun, Sofia tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah serta menghargai insan-insan yang hadir membantunya ketika dalam kesusahan.

"Aku bersyukur Ya Allah, disebalik segala kejadian yang berlaku, Kau berikan aku banyak peluang serta rezeki seluas langit dan Kau tidak putus-putus datangkan orang-orang yang baik."

"Aku doakan semoga mereka yang mendoakan yang baik-baik kepadaku dipermudahkan urusan serta doa yang sama kembali kepada mereka yang mendoakan aku tidak kira baik atau buruk.

"Yang baik kembali kepada yang baik, yang buruk kembalikan kepada yang buruk. Syukur Alhamdulillah. Amiin"


Terdahulu, Sofia dan Mohd Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.


Sumber: TikTok Suzur Sofia/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 8-2-2024 06:40 PM
Mender ni
Quote B40tastePosh 8-2-2024 07:34 PM
Dia nak tuntut apa dari bekas laki dia? Tuntut nafkah penjagaan anak ke?
Quote laksmanabentan 9-2-2024 08:54 AM
B40tastePosh replied at 8-2-2024 07:34 PM
Dia nak tuntut apa dari bekas laki dia? Tuntut nafkah penjagaan anak ke?

anak ex-suami ambil uoollsss...

patutnya dia pergi mahkamah tuntut ler hak penjagaaan...
ini merepam kat social media jer kenapa?

kenapa ibu tak dapat hak penjagaan?
dia nih sebenarnya yang bermasalah ker??? oppppsss...
Quote Samerosie 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?
Quote Rdizz 9-2-2024 10:05 AM
Selalu ank kecik2 dpt kpd ibu bila bercerai, kenapa dpt dekat suami. Ke awal tu dia sendiri yg tak nak atau dia keluar rmh tak bwk ank. Pelik jugak.
Quote kepompong 9-2-2024 10:06 AM
Samerosie replied at 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?

mengumpat beramai2 pun bertelekung .... jual brg pun bertelekung ... apa nak heran... pakaian rasmi socmed kot
Quote supernaturalee 9-2-2024 10:18 AM
kepompong replied at 9-2-2024 10:06 AM
mengumpat beramai2 pun bertelekung .... jual brg pun bertelekung ... apa nak heran... pakaian rasm ...

true3
Quote Pumpkinhead 9-2-2024 10:39 AM
tak jelas kesahnya
Quote caprut 9-2-2024 10:43 AM
Samerosie replied at 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?

Stok2 perempuan bgga dpt kahwin dgn bekas rempit up jd pemain bola, bdk pndai dressup, kaki club. Trust me prempuan2 ni tahu je perngai laki ni sebenarnya sblom kahwin
Quote mojarean_X 9-2-2024 10:50 AM
Amin....
Quote mojarean_X 9-2-2024 10:51 AM
Samerosie replied at 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?

Cer tgk mungkin ada beg kuning kt bawah
Quote Decaffeinated 9-2-2024 11:28 AM
Samerosie replied at 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?

Ha ha... ada juga komen ni

Sebab acik2 akan judge pada pakaian kak. Tengok Ragad terus kena tuduh tak patriotik nak bawa lari harta tok uban saper suruh tayang kopek. Nanti suruh dia post pakai telekung tengok


Quote Tunakimchi 9-2-2024 12:37 PM
Bawak kes ke mahkamah. Bukan cari simpati dekat media sosial.
Quote Samerosie 9-2-2024 12:51 PM
kepompong replied at 9-2-2024 10:06 AM
mengumpat beramai2 pun bertelekung .... jual brg pun bertelekung ... apa nak heran... pakaian rasm ...

Bek pakai kain kapan terus lilit satu badan mesti lagi krg simpati
Quote jazaa100 9-2-2024 03:52 PM
Samerosie replied at 9-2-2024 09:02 AM
Kenapa bila nak post kat medsoc cerita begini mesti post gambar bertelekung?

Kang dia post gambar berbikini, nerakazen akn kata- Ooo....patut lah...
Quote aina_shaira 9-2-2024 05:02 PM
dia ni stewardess kan
Quote otai_g 9-2-2024 05:10 PM
Sial btl btl hal rumah tangga org dijadikan isu semasa. Bebal ke apa moderator cari ni.
Quote KiahFansuri 25-5-2024 12:47 AM
https://www.threads.net/@najlaazairy/post/C7WcMeqvb64/?xmt=AQGz0jAO5GyqdIc0nJDtv0laI_rLPJFmRYWERNYnn93UuQ
Quote KiahFansuri 25-5-2024 12:48 AM
Jumpa kat threads. Rupanya...beria meroyannn

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040428 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top