CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Pengasuh Dera Bayi Perempuan 11 Bulan Direman Tujuh Hari

8-2-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25688| Komen: 16



SEREMBAN – Seorang wanita yang juga pengasuh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nilai di sini yang disyaki terbabit dalam kes penderaan bayi berusia 11 bulan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini.

“Mahkamah membenarkan reman tujuh hari sehingga 14 Februari depan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya. Buat masa ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 20-an yang menyatakan anak perempuannya telah didera di pusat asuhan terbabit pada pukul 6.12 petang Selasa lalu.


Dalam kejadian tersebut, bayi perempuan itu dikatakan mengalami kecederaan pada mata dipercayai dipukul ketika dibawa jagaan pusat asuhan yang terletak di sebuah taman perumahan dekat Nilai itu.

Susulan itu, katanya, polis telah membuat tangkapan ke atas suspek iaitu seorang wanita berusia 66 tahun yang merupakan pekerja pusat asuhan tersebut.

Abdul Malik dalam pada iru berkata, pusat asuhan itu telah beroperasi lebih kurang 20 tahun dan penubuhannya mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semakan terhadap suspek mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak terbabit penyalahgunaan dadah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 8-2-2024 10:14 PM
klau tak boleh dgn budak2 takyah la jadi pengasuh
jadi mak guard ke.. cleaner ke...
Quote nono86 9-2-2024 02:18 AM
epal_putih: klau tak boleh dgn budak2 taky ...

Betul tu..
Quote pocongkiutss 9-2-2024 02:27 AM
Budak 11 bulan tgh melasak juga kan..fasa2 nk dpt kaki

Tak boleh sabar tlgla jgn keje pengasuh

Iols dulu walaupun org suruh mengasuh anak org mmg iols taknak sbb berat oo tanggungjawab tu..jaga kucing tu konfiden la skit
Quote stingergrumpy 9-2-2024 03:26 AM
Tetiber teringatkheun ANAK NOGORI....
Quote Kurex 9-2-2024 07:35 AM
Mesti pengasuh tu gemuk kepam
Quote KamikuP 9-2-2024 09:13 AM
Kurex: Mesti pengasuh tu gemuk kepam


Baru nak ckp benda sama..ekekeke

Quote vanillaninja 9-2-2024 09:40 AM
Umur 66 tahun pun kerja pusat asuhan lagi ke? Pusat asuhan mana amik pekerja dah level nenek2 gini? Dah la mendera anak orang.
Quote prettyuglybabe 9-2-2024 10:21 AM
ingatkan umur nenek nenek sayang budak..
apa pun, umur gitu elok dok rumah rehat tambah amal ibadat je la..
melainkan dia sebatang kara kena cari rezeki sendiri..
Quote Cassieopeia 9-2-2024 10:29 AM
umur 66 dah kot adoila makcik g jual kuih je la kalau xsabar layan budak tp slalu org tua bukan baik dgn budak ke
Quote Pumpkinhead 9-2-2024 10:57 AM
kalau panas baran ke apa janganlaaaa jadi pengasuh dok aniaya anak orang...bukan anak patung. Nyawa tu! Tanggungjawab berat
Quote Tunakimchi 9-2-2024 12:32 PM
Bodohnye mak cik ni. Dah tahu jenis kurang sabar, x payahlah jaga budak
Quote LadyCarefree 9-2-2024 12:47 PM
Saman juga makpak sbb hadap nak ada anak tp taknak jaga dan tak mampu sediakan jagaan alternatif terbaik.
Quote diss69 9-2-2024 02:59 PM
Ya Allah ...umur dh 66 tahun masih boleh jadi pengasuh? Kalau baik n syng kanak² xpe laa jugak..
Quote kimbora 14-2-2024 04:26 PM
Kurex: Mesti pengasuh tu gemuk kepam

Pengasuh kurus kecik je kerepot2 mcm nenek2 biasa kita nampak tu haa
Quote gigahertz 16-2-2024 08:02 PM
diss69 replied at 9-2-2024 06:59 AM
Ya Allah ...umur dh 66 tahun masih boleh jadi pengasuh? Kalau baik n syng kanak² xpe laa jugak..

Pengasuh umur 23 hari hari bapa kepada anak balik awal

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061699 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top