Kisah perkahwinan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mendapat perhatian ramai termasuklah pengarah sensasi, Michael Ang. Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Michael Ang meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan Marissa yang didakwa berkahwin dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Lebih parah apabila perkahwinan tersebut didakwa tidak mendapat restu keluarga. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi ianya seakan merujuk kepada situasi kini yang membabitkan Marissa. "Muda-muda, cantik-cantik pun nak jadi nombor 2. Kalau aku la cantik macam tu dan muda, lambat lagi nak kahwin awal dan jadi penyondol. Kalau jantan tu elok dan kaya raya boleh lah dipertimbangkan. Ini muka macam masih minta duit dari mak bapak lagi." Sementara itu, Michael berkata, sekiranya dia menjadi gadis tersebut yang memiliki wajah yang lawa dan masih muda, dia lebih memilih untuk menikmati kehidupan bujang.
"Macam dah kena minyak dagu je. Jantan tu tak ada otak atau berhati perut ke, senang-senang je kahwin. Kasihan bini dia. All i can say is bod*h…!" Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Michael. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka, menitipkan doa agar Norman dan Abby diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk menyelesaikan isu tersebut. Sumber: Michael Ang/OhBulan |
alesandra replied at 10-2-2024 01:30 PM
Aku x kesian langsung bini 1st.bini dia tu lagi bodoh.dah meroyan serata X dan serata alam... alih ...
Jajuli replied at 10-2-2024 02:13 PM
Tenggok marisa ni review barang di tik tok, mcm takde idea je nak cakap cakap pun nak taknak, takda ...
alesandra replied at 10-2-2024 01:30 PM
Aku x kesian langsung bini 1st.bini dia tu lagi bodoh.dah meroyan serata X dan serata alam... alih ...
Shayang replied at 10-2-2024 04:43 PM
Ko kena ingat bini2 ni meroyan bukan sbb nak bg tau satu dunia laki dia tu curang tp nk bg tau sat ...
ADVERTISEMENT