CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Saya Tercungap-Cungap" - Manisha Koirala ‘Mulut Busuk’? Pelakon Lelaki Bollywood Popular Bocor Rahsia

14-2-2024 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10149| Komen: 27

Description: Selain Shahrukh Khan, Bobby Deol juga salah seorang pelakon Bollywood yang popular pada tahun 1990-an. Namanya semakin dikenali selepa membintangi filem seperti Gupt dan Soldier. Untuk filem Gupt, Bob ...


Selain Shahrukh Khan, Bobby Deol juga salah seorang pelakon Bollywood yang popular pada tahun 1990-an. Namanya semakin dikenali selepa membintangi filem seperti Gupt dan Soldier. Untuk filem Gupt, Bobby menjadi penyumbang dana memainkan peranan besar dalam kejayaan filem itu.

Juga dibintangi oleh Manisha Koirala dan Kajol, filem itu kemudian menjadi salah satu hits terbesar pada tahun 1997. Ketika itu, dalam temu bual dengan Filmfare, Bobby berkongsi anekdot lucu daripada pembikinan filem itu, dan teringat bahawa dia telah mengadu tentang “Nafas berbau” Manisha Koirala semasa penggambaran lagu romantis.



Dalam pengakuannya sebelum ini, dia berkata

“Saya bergaul baik dengannya, walaupun kami tidak menjadi kawan baik. Semasa penggambaran lagu ‘Bechaniyaan’ dalam Gupt, dia terpaksa mendekatkan mukanya dengan muka saya dan kemudian menggigit dagu saya. Semasa dia mendekatkan mukanya ke muka saya, saya tercungap-cungap. Dia telah makan chana chaat (makanan india) penuh dengan bawang mentah sejurus sebelum kejadian. Sungguh menghairankan bagaimana saya berjaya melakukan adegan itu.”

Bobby sebelum ini pernah berkongsi dia menari dengan kondisi dirinya yang baru sahaja patah kaki semasa penggambaran lagu ini.

Pengakuannya kepada Hindustan Times, Bobby berkongsi bahawa koreografer terpaksa membuat  step di mana dia hanya boleh menggerakkan tangannya tanpa menggerakkan badannya.

“Chinni dan Rekha Prakash ji membuat gerakan tangan saya, yang menjadi popular sebagai gaya ‘Bobby Deol,” kongsinya.


Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-2-2024 12:08 PM
kena la dengan keturunan manisha..dia kan nepal haha
Quote jejai 14-2-2024 12:42 PM
mamajawie: kena la dengan keturunan manis ...


Series la nepal
Quote mawardia 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum adegan intim or kissing supaya aktor tu x bernafsu kat diaorg. Less harassment after shooting.
Quote Yaya04 14-2-2024 02:17 PM
Yup manisha ni mmg nepal. Dia dtg keje berlakon sume tu kene pakai passport utk lpas border.
Quote Yaya04 14-2-2024 02:19 PM
mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

Make sense lah. Hishhh abis tu mcm mana lah ehh shah rukh khan abis sume selebriti pompuan dia cium mesti bnyk bau.
Quote mamajawie 14-2-2024 03:30 PM
mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

jennifer lawrence buat mcam tu

Quote mamajawie 14-2-2024 03:30 PM

iyo nepalll

Quote esbok 14-2-2024 03:35 PM
mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

Jenniper lawrence
Quote orangbiasaje 14-2-2024 03:50 PM
Pun masih ada kes skandal dgn ex miley ya...
Quote seri_mawr 14-2-2024 04:06 PM
mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

bagus jugak strategik ni...selamat la mereka after adegan2 terlampau tu..hahhaha
Quote seri_mawr 14-2-2024 04:09 PM
Yaya04 replied at 14-2-2024 02:17 PM
Yup manisha ni mmg nepal. Dia dtg keje berlakon sume tu kene pakai passport utk lpas border.

lawanya jugak org nepal...
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali tgk sure bercucuran air mata...hahahaha




Quote kotakbaju 17-2-2024 08:37 PM
Filem Gupt ni memang plot twist ya. Tak sangka heroin kajol tu part last baru terbongkar yang dia ada prob mental then kena tembak sampai mati. Yang iols ni ingatkan memang menang kat kajol la sebagai heroin, manisha yang kena beralah. Tengok2 nahh menang kat manisha jugak.
Quote kotakbaju 17-2-2024 08:39 PM
Bobby deol ni hensem jugak haha. Nampak la kejantanan tu. Antara dia dengan abang dia, hensem bobby ni lagi. Filem Dillagi dulu bobby penah belakon sekali dengan abang dia Sunny Deol tu.
Quote sarah_ary2 17-2-2024 10:34 PM
seri_mawr replied at 14-2-2024 04:09 PM
lawanya jugak org nepal...
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali t ...

Sheols memang lawa letupssss masa muda, pastue dia banyak berlakon movie yg jenis political dgn empowering, jenis natural juga simple je penampilan
Quote sarah_ary2 17-2-2024 10:35 PM
kotakbaju replied at 17-2-2024 08:39 PM
Bobby deol ni hensem jugak haha. Nampak la kejantanan tu. Antara dia dengan abang dia, hensem bobby  ...

Bobby ni memang hensem walau dah berumur pun still nampak hensem macho gitewe, jenis private pasal family, anak dia pandai kan, kalau tgk dalam Bollywood Wives punya series tue
Quote kotakbaju 18-2-2024 02:39 PM
sarah_ary2 replied at 17-2-2024 10:35 PM
Bobby ni memang hensem walau dah berumur pun still nampak hensem macho gitewe, jenis private pasal ...

Aah kan sekarang masih maintain hensem walau dah tua.

Oh yaka anak dia pandai. Iols dah lama tak follow bobby ni termasuk la pelakon2 bollywood yang lain. Skrg ni iols cuma suka dengar balik lagu2 hindi yang lama2 dulu dekat youtube. Sekadar layan balik lagu2 diorang aje la.
Quote Gianna111 18-2-2024 05:23 PM
seri_mawr replied at 14-2-2024 04:09 PM
lawanya jugak org nepal...
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali t ...

dia nepal dan berasal dari keluarga bangsawan.. cancer survivor!
Quote A-Are 22-2-2024 12:52 PM
Mak i olls punyalah suka dengan Manisha Koirala ni sampai namakan adik perempuan i olls bersempena nama dia
Quote NonaNaga 23-2-2024 11:57 PM
kotakbaju replied at 17-2-2024 08:37 PM
Filem Gupt ni memang plot twist ya. Tak sangka heroin kajol tu part last baru terbongkar yang dia ad ...

Kajol won best villain actor for Filmfare Award untuk filem ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top