CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mendesak Sungguh-Sungguh Suruh Kahwin’ – Shiha Zikir Minta Jangan ‘Normalise’ Pertanyaan Jodoh

19-4-2024 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9618| Komen: 35

Description: Menerusi perkongsian di TikTok, Shiha memberitahu pertanyaan itu seperti mendesak seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kawalan mereka.




Menerusi perkongsian di TikTok, Shiha memberitahu pertanyaan itu seperti mendesak seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kawalan mereka.

"Saya nak korang jangan normalise kan soalan-soalan yang macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’."

"Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin boleh tak jangan normalise kan benda ni?

"Sebab mungkin orang yang bertanya ni dorang tak pernah lalui atau rasa. Mungkin Allah dah aturkan kehidupan dia dah berkahwin, ada anak dah sempurna. Jadi bila dia nampak orang lain umur sebaya atau tua daripada dia, dia persoalkan."

Menurut Shiha, dia akui berkecil hati apabila sering diajukan soalan tentang jodohnya yang belum kunjung tiba.

"Kadang-kadang korang tak tahu apa benda yang seseorang tu sedang hadapi. Mungkin dah usaha sehabis baik tapi ada saja benda yang menghalang."


"Macam saya sendiri, saya sangat terasa soal timing. The right time. Kan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah bukannya orang tu tak usaha."

"Mungkin korang suka tanya soalan-soalan macam ni sampai ada yang kena panic attack, ada yang anxiety. Ke sebab korang tak pernah kena? Kalau boleh saya tak nak orang lain kena sebab korang akan rasa sakitnya perasaan tu."

"Kalau sekali dua yang bertanya saya okay lagi tau. Kalau bertanya baik dan mendoakan tidak mengapa. Tapi zaman sekarang ni ramai yang mendesak sampai orang yang bertanya tu jadi moody ‘kenapa tak kahwin lagi ni?’

"Saya harap jangan normalise kan benda ni. Allah dah tetapkan waktu yang sangat tepat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini turut menegaskan setiap orang mempunyai tahap mental yang berbeza untuk menerima sesuatu perkara.


"Jangan rasa pelik kalau ada kawan-kawan yang mula menjauh, tak mahu berjumpa. Please check, kenapa kawan-kawan tak mahu berjumpa. Mungkin dia nak elak soalan-soalan yang macam ni.

"Tahap mental seseorang tak sama jadi jalan terbaik adalah saya doakan yang baik-baik untuk semua orang."


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-4-2024 05:36 PM
iya, tepat sekali sis sukatila orang nak kawen ke tak gituuuu
Quote sukacactus 19-4-2024 05:38 PM
Aku pun rimas org terlalu concern pasal hidup org lain
Tp dlm kes shiha ni maybe org tu bertanya sebab dia dah couple berbelas tahun kot dgn bf nya
Quote jalfa 19-4-2024 05:48 PM
Normal la org tanye sbb ko dah kulu kilir dgn bf bertahun tahun..kalo miskin ya la jugak tak cukup duit hantaran
Quote adiwarna 19-4-2024 09:11 PM
Kaya/miskin, cantik/hodoh, pandai/bodoh, fizikal sempurna/oku etc etc bukan penentu jodoh, yg menentukan hanyalah Yang Maha Esa....
Quote shernazz 19-4-2024 09:19 PM
Bila dia pakai tudung MCM kawan iols yang jual biskut kelapa tu la..
Beza kawan iols.pakai spek...
Quote azimodin 19-4-2024 10:11 PM
I rasa setakat tanya "dah ada calon ke?", kira ok lagi. Pastu stop sampai situ. Xpayah la tanya bila nak kawen, kenapa tak kawen, pastu berceramah pasal rezeki lepas kawen la, majlis simple2 la.
Yang i perasan once perempuan tu dah lebih 40 tahun, makcik2 tu akan senyap sendiri. Ni hasil pemerhatian i on my sisters yg x kawen lagi. Kakak2 i x mengamalkan konsep asal berlaki. Masing2 sibuk simpan duit nak masuk "sekolah pondok" lepas bersara.
Quote putericahaya999 19-4-2024 10:22 PM
Soalan tu wujudsebelum awk wujud lg
Quote manamana123 19-4-2024 10:29 PM
Betul tu, kalau pertanyaan dah melampau, so annoying
Quote Kurex 19-4-2024 10:33 PM
Kalau orang tanya iols bila nak kawen sambil iols jamah makanan, terus jadi tawar makanan tu.. tapi iols jawab jah..
Quote I.K.A888990 19-4-2024 10:34 PM
takat tanya gitu2 je okay lagi la ni sampai kau korek pastu tiber dok bandingkan dgn anak kau
eh mmg nak kena je mokcik2 tu
Quote elnor_81 19-4-2024 11:00 PM
Dia umpama mcm aku dulu..ble dh kawin org tya ble nk ad anak. Ni ad anak, blh tya ble nk tambah lg..nk jge sorg ni pun..mengah aku
Quote Mary_jane 20-4-2024 12:01 AM
adiwarna replied at 19-4-2024 09:11 PM
Kaya/miskin, cantik/hodoh, pandai/bodoh, fizikal sempurna/oku etc etc bukan penentu jodoh, yg menent ...

Tepat sekali.
Quote nolya 20-4-2024 12:41 AM
Lain kali jawab saja kalau jodohnya masih Allah short listing di Luh Mahfuz. Itulah jawapan yg paling cool dijawab.
Quote Cyempaka 20-4-2024 01:02 AM
Aku sejak muda pun xbengang dgn soalan begitu. Ntahla aku suka je bila ada acik2 tanya. Aku sengeh je.
Dah tua2 ni dah pandai menjawab.. aku jawab makcik tlg la doakan, makcik org baik mungkin Allah makbul.
Kemain kembang kempes idong makcik tu
Quote matjerk 20-4-2024 01:09 AM
Dia kata.. kalau yg tanya baik2 "bila nak kawen" itu x pe..

No, itu bukan takpe.. itu pun sepatutnya x boleh. Konsepnya sama.. AJAL, MAUT, JODOH Allah yg pegang. Klu u ols nak sgt dorang  ni berkahwin, ada pasangan.. berdoalah utk mereka...
Quote myhairisbad 21-4-2024 03:07 PM
Betul la tu dia cakap, semua ketentuan Tuhan. Bercinta lama ke sekejap ke, sama je konsepnya kan.. Ketentuan Tuhan ni pun bukan kita tahu bila, kejap ke lambat ke mudah ke susah ke.. takde siapa tahu. Chill2 je
Quote Alvida 21-4-2024 03:14 PM
masalahnya kau tu yg bodoh bercinta bertahun2 buat apa kalu tk menghalalkan..kalu aku conform cr jantan lain buat bazir masa jer kau tu makin kertu
Quote sleepandream 21-4-2024 03:32 PM
ikut jenis orang la... kalau kau huha huha usik orang lain mulut laser takpe kot kalau kena tanya soalan gitu... konsepnya kau pun mengusik orang jugak tapi kene diri sendiri sentap? pastu kalau makcik2 mulut kepoh kau layankan jela... karang skema sgt krik krik pulak... ko layan je tanya balik makcik bila nak ada madu?
Quote VespaSilbe 21-4-2024 03:49 PM
Lama kut chenta
Sapa tgk pertandingan ID first season kat axn mesti nampak dia cekin kat Sheraton kut vvip cekin.. lama tunggu bilik kan cilah tak siap

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top