CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Enggan Orang Sesama Islam Berbalah..” – RTM Tunggu Hasil Perjumpaan JAKIM & Ustaz Don Untuk Ambil Tindakan Lanjut

10-6-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9544| Komen: 3

Description: Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya menunggu keputusan dari hasil perjumpaan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Ustaz Do ...

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya menunggu keputusan dari hasil perjumpaan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Ustaz Don Daniyal bagi tindakan seterusnya.

Menurut Suhaimi, pihaknya akan mengambil maklum segala hal daripada pertemuan JAKIM bersama Ustaz Don. Dia juga memberitahu tindakan merehatkan penceramah itu atas dasar mengelakkan sebarang perbalahan sesama Muslim.

"Sebab utama saya rehatkan Ustaz Don kerana enggan orang sesama Islam berbalah sebab itu bukan perkara yang baik.
 
"Saya ada berjumpa Ustaz Don sehari selepas memuat naik isu tersebut dalam aplikasi X. Saya maklumkan kepadanya semua tindakan ini untuk redakan situasi dan dia memahami dan faham tentang posisi RTM."

Tambah Suhaimi lagi, situasi yang melibatkan Ustaz Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu tidak menganggu kelangsungan program tersebut.


"Ketiadaan Ustaz Don pun tidak mengganggu kelancaran program dan tetap berjalan dengan lancar.
 
"Setakat ini tiada sebarang isu penaja menarik diri dan sebagainya. Semuanya okay."

Sebelum ini, tular di aplikasi X hantaran yang mendakwa kisah Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh Ustaz Don adalah tidak sahih. Susulan itu, muncul pelbagai perdebatan di media sosial hingga Don terpaksa direhatkan daripada menjadi hos.

SUMBER : Kosmo/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 10-6-2024 12:18 PM
Errr....kenapa rambut Datuk Suhaimi style macam tu?
Quote sharlenetexas 10-6-2024 12:48 PM
Lama gak SS dengan rtm. Dulu dgn bernama dan sarawak tv sekejap je.


Quote prince_marhaen 10-6-2024 02:50 PM
makin tua makin nampak kelempok ponen Tok SS ni...hihi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035632 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top