CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video JLo ‘Request’ AI Kecek Kelantan “Mendonia”, Rakyat Malaysia Terkejut Jennifer Lopez Tahu Loghat Kelantan

10-6-2024 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3617| Komen: 13

Description: Aktres terkenal Hollywood, Jennifer Lopez, atau lebih mesra disapa JLo, sekali lagi menarik perhatian ramai ketika mempromosikan filem terbarunya berjudul “Atlas”.

Aktres terkenal Hollywood, Jennifer Lopez, atau lebih mesra disapa JLo, sekali lagi menarik perhatian ramai ketika mempromosikan filem terbarunya berjudul “Atlas”.

Filem ini ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix. Namun, apa yang benar-benar mencuri tumpuan adalah bagaimana JLo menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk ‘kecek Kelantan’.

Dalam video promosi yang dimuat naik melalui media sosial Netflix Malaysia, JLo menguji AI yang diberi nama Smith untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan.

“Kelantanese Malay (Melayu Kelantan),” arah JLo dengan yakin. Tanpa menunggu lama, Smith membalas, “Bo lah kak wei, sapa bilo nok tanyo ni?” (Cukuplah kakak wei, sampai bila nak tanya ni?), membuatkan penonton terhibur dengan ketepatan dialek yang digunakan.


Tidak hanya itu, dalam satu lagi hantaran, JLo turut mempamerkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengucapkan ‘Apa khabar Malaysia!’

Ucapan tersebut mendapat sambutan hangat dan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial di Malaysia.



“JLo mentioned Kelantanese (menyebut Kelantan).. korang rasa dia suka laksam tak?,” seloroh seorang pengguna, merujuk kepada salah satu makanan tradisional Kelantan yang popular.

“Kelantanese mendunia, banyak-banyak loghat, loghat Kelantan juga yang JLo sebut,” komen Fazri, seorang pengguna yang teruja dengan sebutan dialek Kelantan oleh bintang Hollywood tersebut.

“Aku syak dia (JLo) memang asal Pasir Mas, lama tak balik ni, huk aloss comey dooh, gano (bagaimana) dia boleh kenal Kelantan eh, dia biasa mari Kota Bharu ke?,” seloroh pengguna lain, sambil bergurau mengenai kemungkinan JLo mempunyai kaitan dengan Kelantan.

Langkah promosi kreatif ini bukan sahaja berjaya menarik minat penonton di Malaysia, tetapi juga menunjukkan usaha JLo dan pasukan Netflix dalam menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya penonton global mereka.


Kemampuan AI Smith untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan kebolehan JLo bertutur dalam bahasa Melayu jelas sekali menambah elemen keseronokan dan keterujaan dalam kempen promosi filem “Atlas”.


Dengan pendekatan promosi yang unik ini, JLo bukan sahaja mempromosikan filem terbarunya, tetapi juga berjaya mencuri hati peminat di Malaysia, khususnya mereka yang berasal dari Kelantan.

Kehadiran dialek Kelantan dalam video promosi antarabangsa ini pastinya menjadi satu kebanggaan bagi masyarakat Kelantan dan meningkatkan rasa keterhubungan antara selebriti Hollywood dan budaya tempatan.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-6-2024 04:53 PM
JLO tau tak yg air suam bunyi sama dengan I Swear?
Quote noor2 10-6-2024 04:58 PM
Seriously.....
Quote Sazreena 10-6-2024 05:01 PM
Mu sebuk abe seslow deh...are-bear.
Quote hokeypokey 10-6-2024 06:28 PM
ni mesti pernah couple ngan abe kelate ni, biasa make budu dio
Quote hmmlantakko 10-6-2024 07:21 PM
hahahhahahaha curlassstttt set skjp kata acik yg jeles dngn kelantan. menduniyahhhh. ke sape2 yg taip kelantanese malay kt situ so tht jlo sebut mcm tu? knapa bukan malaysian but kelantanese malay???
Quote tripleid 10-6-2024 07:54 PM
iol lebih impress dgn slang ai tu kecek klate..90% accurate..


Kalo stakat jlo suruh ckp klantanese malay,mybe dia gugel psl Msia sblm buat rakaman ni.
Quote mojarean_X 10-6-2024 08:06 PM
Kt US sana dh cancel jlo. Now cari pasaran kt kelantan pulak
Quote ultra78 10-6-2024 08:21 PM
Dah tonton filem Atlas. Bagi aku biasa-biasa aje. Filem yg tak perlu fikir secara serius sebab jalan cerita itu sendiri ada flaw. Action towards the end tu best.
Quote fazamania 10-6-2024 11:01 PM
Kerajae kelate tunggu gapo lagi? bui anugeroh DATO cepat ko JLO...
artis international ni boh, bulih tarik banyok pelabure dekat kelate.
Quote Tinot7 11-6-2024 06:21 AM
mojarean_X replied at 10-6-2024 08:06 PM
Kt US sana dh cancel jlo. Now cari pasaran kt kelantan pulak

Sbb kes apa pulak ni?
Quote SalenaGomez 11-6-2024 08:05 AM
hmmlantakko replied at 10-6-2024 07:21 PM
hahahhahahaha curlassstttt set skjp kata acik yg jeles dngn kelantan. menduniyahhhh. ke sape2 yg tai ...

Konten je la kot. Suruh cakap bm dah biasa sgt. Nampak lain skit bila suruh ckp kelantan

Btw, SG baru tgk cite indon “agak laen” kat netflix. Mmg best giler
Quote alieyrina 11-6-2024 08:08 AM
Kan semua sepakat kata ben afleck akhirnya bebas dari cengkaman jlo
Quote supernaturalee 11-6-2024 10:04 AM
SalenaGomez replied at 11-6-2024 08:05 AM
Konten je la kot. Suruh cakap bm dah biasa sgt. Nampak lain skit bila suruh ckp kelantan

Btw, SG ...

iols tgk kelmarin
tak sangka mmg best
die nk mcm filem mamat khalid
tp lebih kemas struktur cerita, keje kamera dgn aspek2 teknikal ape semua
lakonan pun semua bagus2 esepcially 4 lead male
dan jgk supporting actors semua bagus


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.091656 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top