CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anwar Ibrahim beri sumbangan kepada Azlee Senario

11-6-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3168| Komen: 42

Description: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario hari ini.

Anwar berkata, Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau bagi menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon berusia 56 tahun tersebut.

“Beliau (Azlee Senario) sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

“Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mendoakan semoga Azlee Senario diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya.

Media sebelum ini melaporkan, Azlee Senario dikejarkan ke IJN ekoran masalah saluran darah pada jantungnya tersumbat.


Beliau ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil). 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 11-6-2024 10:22 PM
Kenapa dapat sumbangan ye... Bkn dia hari tu main tiktok dapat puluh ribu ke...
Quote pocongkiutss 11-6-2024 10:24 PM
Kalau iols x kenal bangnon..mesti ingtkn mamat dlm pic ni yg bangnon..merata muka dia jah bila melibatkan sumbangan bangno
Quote Supersirap 11-6-2024 10:25 PM
Semoga mendapat kesembuhan dan kekuatan
Quote c===8 12-6-2024 11:33 AM
untung jadi artis, kerja hiburkan org/melawak bodoh.bila sakit senang dpt bantuan

bekas2 petani pesawah pekebun yg banting tulang bagi kita makan bila sakit pandai2 sendiri la masuk spital gomen kelas 3
Quote mamajawie 12-6-2024 04:12 PM
Edited by mamajawie at 12-6-2024 08:27 AM

bodoh ni dpat duit TikTok smpai belas ribu pun dpat bantuan allubjub
Quote MakcikTermenong 12-6-2024 04:17 PM
Sorry to say la..anggota senario paling x diminati..gatal! (tetibe makcik terimbas zaman jom heboh di danga bay masa nak bergambar ngan senario..)
Quote MakcikTermenong 12-6-2024 04:17 PM
Sorry to say la..anggota senario paling x diminati..gatal! (tetibe makcik terimbas zaman jom heboh di danga bay masa nak bergambar ngan senario..)
Quote MakcikTermenong 12-6-2024 04:18 PM
Sorry to say la..anggota senario paling x diminati..gatal! (tetibe makcik terimbas zaman jom heboh di danga bay masa nak bergambar ngan senario..)
Quote cantthinkofany 12-6-2024 05:07 PM
timah03 replied at 11-6-2024 10:22 PM
Kenapa dapat sumbangan ye... Bkn dia hari tu main tiktok dapat puluh ribu ke...

aku pun musykil ni......sbb apa eh???
Quote Perils 12-6-2024 07:02 PM
MakcikTermenong replied at 12-6-2024 04:18 PM
Sorry to say la..anggota senario paling x diminati..gatal! (tetibe makcik terimbas zaman jom heboh d ...

Mrh sgt tu sampai 3x post ....spill the tea pls
Quote makiting 12-6-2024 09:10 PM
https://www.facebook.com/share/p/W9MFyfN6vfGRJ1wo/?mibextid=oFDknk


Ada berita hot

Cuba baca kat fb PW
Quote sharlenetexas 13-6-2024 01:15 AM
makiting replied at 12-6-2024 09:10 PM
https://www.facebook.com/share/p/W9MFyfN6vfGRJ1wo/?mibextid=oFDknk



Ko dah lupa bapak dalam kubur ke?

Quote makiting 13-6-2024 02:07 AM
sharlenetexas replied at 13-6-2024 01:15 AM
Ko dah lupa bapak dalam kubur ke?

Kita serah PW Community buat kerja...

Kita makan popcorn dulu
Quote fattymah 13-6-2024 02:15 AM
sharlenetexas replied at 13-6-2024 01:15 AM
Ko dah lupa bapak dalam kubur ke?

Sapa uit.. tadak efbi ha
Quote sharlenetexas 13-6-2024 02:43 AM
fattymah replied at 13-6-2024 02:15 AM
Sapa uit.. tadak efbi ha

Esah dgn alif teega.


Quote fattymah 13-6-2024 02:55 AM
sharlenetexas replied at 13-6-2024 02:43 AM
Esah dgn alif teega.

Serai ke?
Quote AWEKSAMURAI 13-6-2024 03:00 AM
Kata dapat income drai Tiktok 30k sebulan sampai ada org dengki . Bagi lah kat yg lebih memerlukan
Quote AWEKSAMURAI 13-6-2024 03:07 AM
makiting replied at 12-6-2024 09:10 PM
https://www.facebook.com/share/p/W9MFyfN6vfGRJ1wo/?mibextid=oFDknk



Weh aku dh baca ..aku x pnah follow dorang ni tp tau lah laki dia kwen dgn staff kan
Quote LipasComel 13-6-2024 09:24 AM
Edited by LipasComel at 13-6-2024 01:50 AM

iols husnuzon dulu. mungkin sumbangan peribadi dia kot. mane tau peeyeem kita kipas susah mati azlee ke

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049069 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top