CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Teringin Makanan Penang? Tak Perlu Susah-susah Ke Sana, Di KL Pun Ada!

21-2-2018 09:58 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4259| Komen: 10|Original author: Oleh: Zailina

Description: Terasa nak makan masakan Pulau Pinang selain nasi kandar? Restoran Little Penang tak pernah mengecewakan! Menu makanan yang meriah, pilihan pencuci mulut yang gah dan minumannya menyegarkan. Jom tengo ...
Terasa nak makan masakan Pulau Pinang selain nasi kandar? Restoran Little Penang tak pernah mengecewakan! Menu makanan yang meriah, pilihan pencuci mulut yang gah dan minumannya menyegarkan. Jom tengok apa lagi yang ada.


Dekorasi bercirikan kesenian rumah Nyonya di Penang
Foto: RamblerWithoutBorders

Menu campuran cita rasa Melayu, Cina dan India di sini yang mesti cuba, antaranya Asam Laksa, Kari Laksa, Nasi Lemak, Char Kuey Teow, Cendol atau Lor Bak (tauhu gulung berisi daging). 

Ada juga set nasi dengan lauk ayam, ikan, udang dan sebagainya. Porsi yang besar, memang tersandar kekenyangan kalau makan di sini! Nasi dengan sambal udang petai memang macam air tangan ibu. Pendek kata, menu banyak pilihan sampai keliru yang mana satu nak dimakan. 



Harga berpatutan, yang penting sedap
Foto: tripadvisor

Masakan enak dan servis cepat walaupun pada hari sibuk dan semua meja penuh. Jangan lupa rasa Mi Rebus dan Mi Udang. Satu lagi, jangan lupa mencuba Rojak Penang, memang sedap tak terkata! Campuran buah-buahan dengan sos yang cukup masam, manis dan masinnya, rugi kalau tak cuba. Walaupun kena tunggu 20 minit untuk sepinggan Char Kuey Teow, berbaloi penantian tu.


Pelbagai pilihan yang memuaskan hati

Ramai pelancong datang ke sini untuk mencuba juadah enak berbilang kaum di Malaysia. Kira macam tempat terkenal masakan enak negara kita, lah. Manisan pencuci mulut juga memuaskan hati. Tak pandang dah, orang yang beratur panjang kerana makanan depan mata lebih menarik.


Campuran mi dan bihun 'Mi Udang' yang kaya dengan rasa udang

Serius sedap! Sila pergi cuba kalau tak percaya

Selain di KLCC, cawangan Little Penang yang lain ada di Mid Valley Mega Mall dan The Curve, Damansara. Ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Pada waktu tengah hari terutama di KLCC, terpaksalah bersabar sebab orang beratur panjang nak dapatkan tempat duduk. Khabarnya, tak boleh buat tempahan (reservation). Jadi, kalau tak nak tunggu lama, datanglah awal.

Alamat: Lot No. 409-11, Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.


Baca pun dah kecur air liur, terutama Rojak Penang tu. Jom nikmati sendiri dan rasa sendiri keenakannya! - CARI
15

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 21-2-2018 11:08 AM
rege okay2 ke mahal
Quote mizruncing 21-2-2018 11:55 AM
ada sape penah try x? review plz. klu sedap smpai x yah gi penang blh la try nti
Quote HazeLJoseph 21-2-2018 12:10 PM
Tak sedap pon, rega boleh tahan
Quote sarukhan 21-2-2018 01:04 PM
Iols suka Nasi Kari Hantu! Tu je fav kalau makan sini.. harga normal kedai2 dalam mall..
Quote EvieWanKenobi 21-2-2018 01:31 PM
selalu makan pie tee dan char kuey teow..
agak delicious..
Quote goss79 21-2-2018 04:18 PM
kalau makan sorang or berdua oklah harga tu. tapi kalau bawak family.. boleh tahan sesak napas gak nak byr... harga tu x masuk air lagi
Quote syue86 22-2-2018 09:20 AM
harga mcm restoran dlm mall
tu la org still ke penang lg
Quote mangkukhayun 22-2-2018 11:59 AM
HALAL KE DOK NI? KE SERVE NO PORK LO LARD? SEMBELIH IKUT SYARIAT TAK?

#DONE MEMBAWANG
Quote sapasapa 14-5-2021 05:08 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.092700 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top