CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datin Dera Amah: 14,000 Tandatangan Petisyen

19-3-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18240| Komen: 98

Description: Keputusan mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap seorang Datin yang didakwa mendera pembantu rumahnya hingga cedera parah mendatangkan rasa tidak p ...
Keputusan mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap seorang Datin yang didakwa mendera pembantu rumahnya hingga cedera parah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.


Berikutan itu, lebih 14,000 individu menandatangani petisyen menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44.


Foto: BH Online

Memetik BH Online, ia ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Petisyen 'Tuntutan keadilan sama rata' itu dilancarkan pada Sabtu bagi menolak keputusan mahkamah selain mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.


Selain itu, ia menyifatkan perlakuan tertuduh terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso, 19, sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.

Sehubungan itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

Pada awal pendakwaan, Rozita berdepan tuduhan cuba membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera dan seumur hidup sekiranya menyebabkan kematian jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya menggunakan pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju.

Menurut laporan, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda.

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan berkenaan. - CARI
11

Bagus
11

Marah
26

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awekjepun 19-3-2018 10:37 AM
Malu la ko hakim..buat keputusan berat sebelah..
Quote moonbug 19-3-2018 10:44 AM
Amboi amboi datin
Quote grizz 19-3-2018 10:48 AM
senang byk la cmni..dera org separuh mati pstu baya je denda..
Quote Lollipop111 19-3-2018 10:52 AM
mana petisyennyer? sy pon nak tandatangan tanda menyokong hukuman penjara dikekalkan.
Quote afie_m 19-3-2018 10:56 AM
dah kena kecam baru nak ambil tindakan seterusnya....kalau x..mau senang2 ja datin tu happy2...
Quote tokio 19-3-2018 10:58 AM
Mana link petisyen tu? Saya pun nak sign jgk.
Quote Pixie902 19-3-2018 11:00 AM
Lollipop111 replied at 19-3-2018 10:52 AM
mana petisyennyer? sy pon nak tandatangan tanda menyokong hukuman penjara dikekalkan.

Betul...bak mai petisyen nak tambah satu tandatangan lagi...
Quote gadis_tulip 19-3-2018 11:02 AM
Memalukan institusi kehakiman negara je. Berat sebelah. Coiii
Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:08 AM
https://www.change.org/p/dato-equal-justice

Dah lebih 40K
Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:09 AM
Equaljustice ForMalaysians started this petition to Dato Sri Azalina Othman Said and Datuk Seri Najib Tun Razak
Quote taksukapeanut 19-3-2018 11:15 AM
ni kira peguam yang hebat atau hakim yang berat sebelah?
Quote haryatie 19-3-2018 11:19 AM
jommm kita sign kat petisyen ni...
Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:21 AM
Lollipop111 replied at 19-3-2018 10:52 AM
mana petisyennyer? sy pon nak tandatangan tanda menyokong hukuman penjara dikekalkan.

https://www.change.org/p/dato-equal-justice

Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:21 AM
tokio replied at 19-3-2018 10:58 AM
Mana link petisyen tu? Saya pun nak sign jgk.

https://www.change.org/p/dato-equal-justice

Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:21 AM
Pixie902 replied at 19-3-2018 11:00 AM
Betul...bak mai petisyen nak tambah satu tandatangan lagi...

https://www.change.org/p/dato-equal-justice

Quote tanakkampung1x 19-3-2018 11:23 AM
Petition itu katanya akan dihantar kepada Dato Sri Azalina Othman Said and Datuk Seri Najib Tun Razak

Dan most importantly, lebih ramai yg sign lebih kuat suara kita di media tanda protes tidak setuju dgn ketidak adilan ini
Quote myakayina 19-3-2018 11:27 AM
teruk  maid dia kena kan..ada dpt pic kat wassap.. selayaknya pompuan ni kena hukuman berat..takyah la berat sebelah hakim oi..
Quote shamsadis 19-3-2018 11:37 AM
Dera Pembantu Rumah: Suami, Isteri Terlepas Tali Gantung
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... cqe5mRMQvsQQ7G7t.99




yang bunuh pun boleh terlepas hukuman gantung.....tapi takde pulak buat petisyen? adakah kerana yang membunuh ni cina? sekadar bertanya, sebab undang2 double standard...netizen pun double standard ka
Quote ekselen 19-3-2018 11:42 AM
Edited by ekselen at 19-3-2018 11:44 AM
awekjepun replied at 19-3-2018 10:37 AM
Malu la ko hakim..buat keputusan berat sebelah..


Xlayak jadik hakim, sila pecat hakim juga

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059682 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top