CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Masak Nasi Lemak Dalam Kuantiti Banyak -Untuk Majlis Atau Berniaga

20-3-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 20174| Komen: 9|Original author: Oleh: Faizal

Description: Memasak nasi adalah salah satu perkara asas dalam seni masakan. Kerap kali orang-orang tua bergurau:"Anak dara kalau tak pandai masak nasi tidak payah berangan la untuk bersuami ya!"Menunjukkan be ...
Memasak nasi adalah salah satu perkara asas dalam seni masakan. Kerap kali orang-orang tua bergurau: 

"Anak dara kalau tak pandai masak nasi tidak payah berangan la untuk bersuami ya!"


Menunjukkan betapa ilmu memasak nasi itu sangat penting. Apa tidaknya nasi merupakan makanan ruji bagi masyarakat kita kan? Jika tidak pandai menanak nasi, dikhuatiri kebulur suami dan anak-anak nanti.

Credit foto: Google

Bila memasak nasi, mungkin dalam kuantiti yang sedikit untuk makan keluarga sendiri adalah mudah. Bagaimana pula jika hendak memasak nasi dalam kuantiti yang banyak? Khasnya masak nasi untuk majlis keraian ataupun berniaga. Tak kira la nasi putih biasa ataupun nasi lemak.

Anda nak tahu bagaimana cara untuk menanak nasi lemak dalam kuantiti yang banyak? Sesuai untuk berniaga ataupun jika anda hendak membuat jamuan di rumah anda. Di sini kami akan tunjukkan. 


Kredit foto: Karangkraf

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang

Bahan-bahan :

1 kg beras
½ kg santan pekat
1 liter air
1 sudu garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang

Bahan-bahan :

3 kg beras
1 kg santan pekat
3 liter air
3 sudu besar garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang

Bahan-bahan :

5 kg beras
1 ½ kg santan pekat
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan

Kredit foto: Brohasbi.blogspot

Cara penyediaan :

Tanak

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.

Kredit foto: sehatsegarceria.com

Kukus

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering. Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Resipi dah ada. Caranya pun dah ada. Jadi anda semua bolehlah mencuba ya. Sambil menjadikan ia sumber pendapatan. tapi boleh juga kalau anda nak masak untuk kenduri kecil-kecilan di rumah. Senang, mudah dan sedap.

Tips : nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.- CARI 

Sumber: Dari Dapur via jam tangan merah
9

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurbaya 20-3-2018 12:59 PM
Ntahler, biasa I masak tak kira pun berapa byk santan nak pakai, agak2 je tuang kasi naik kepul tu, cukup la.. Sbb byk kali buat ukur pakai pot/mangkuk mesti nasi jd mentah. Fedup je kena masuk kukus baru elok.
Quote prettyuglybabe 20-3-2018 01:18 PM
ukuran untuk sorang or dua orang makan cam mana?
Quote noraidil_06 20-3-2018 01:33 PM
Wah tq sgt for the info.nk buat utk raya
Quote mbhcsf 20-3-2018 04:48 PM
hmm..i masak nasi lemak boleh kire je tak sampai lima jari pun...hahaa
Quote RatuDunia94 21-3-2018 01:51 AM
nurbaya: Ntahler, biasa I masak tak kira pun berapa byk santan nak pakai, agak2 je tuang kasi naik kepul tu, cukup la.. Sbb byk kali buat ukur pakai pot/mangku ...


Kannnn.. Kadang kalo kita masak ikut sukatan sgt hasilnya x cantik.. Kalo kita main agak2 hasilnya cantik je.. Tp i mmg belum berani nk masak nasi utk makan kenduri.. Takut nasi nya jelantah.. Naye je..
Quote sakinahxpdc 25-3-2018 02:56 AM
pasni senanglah nak anggar sukatan... sebelum ni rasa konfius gak nak masak
Quote chazey 26-3-2018 02:56 AM
nurbaya replied at 20-3-2018 12:59 PM
Ntahler, biasa I masak tak kira pun berapa byk santan nak pakai, agak2 je tuang kasi naik kepul tu,  ...


Sama la kita. Makin masak ikut resepi makin hauk jadinya. So now ai just tengok bahan2 ja then hagak2 kuantiti ikut selera ai terutama bila masak masakan Melayu. Kecuali resopi kuih muih ngan dessert, pastry segala tu memang ai akan ikut 100%.
Quote nurbaya 26-3-2018 08:56 AM
RatuDunia94 replied at 21-3-2018 01:51 AM
Kannnn.. Kadang kalo kita masak ikut sukatan sgt hasilnya x cantik.. Kalo kita main agak2 hasiln ...

Huhu tulah, pernah je ikut resipi2 yg bg ukuran utk nasi lemak ni, mmg x jadi. Jadi lembik atau mentah. Geram je. Last2, ikut tekak sendiri ajelah, kalau guna santan ori mmg utk nasi 10 pot tu pakai je sebijik kelapa, elok2 je. Kalau masak 3 ke 5 pot, pakai je setengah kelapa. Unless kalau nak lemak kaw2 guna jela sebiji tu terus. If guna santan kotak, tuang je sampai naik kepul santan dlm air nasi tu. Abis cerita..
Quote nurbaya 26-3-2018 09:02 AM
chazey replied at 26-3-2018 02:56 AM
Sama la kita. Makin masak ikut resepi makin hauk jadinya. So now ai just tengok bahan2 ja then h ...

Yupp kalau masak nasi mmg camtu, kena main agak je. Kuih2 mmg kena ikut resipi sebijik2 kalau tak mesti x jadi. Masalah iols lak kalau masak nasi atas dapur gas elok je jadi, masak dlm rice cooker lak jd lembik la, mentah la..sabo jelah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.143537 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top