CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Trauma Kakak Dibogelkan Bulat2 Oleh Penyamun"

5-9-2013 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13755| Komen: 43

Description: Pengalaman Dua Kali Rumah Dimasuki Perompak Membuatkan Hidupnya Trauma Sehingga Kini. Malah Lebih Menyedihkan Apabila Wanita Malang Itu Turut Dibogelkan Mereka Yang Tidak Berperikemanusiaan Itu.

Salmina ketika menerima kunjungan Syed Othman ke rumahnya di Permas Jaya


JOHOR BAHRU, 4 September – Pengalaman dua kali rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.
        
Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia dirompak lagi sambil dihunus dengan parang panjang tanpa ada belas kasihan.
        
Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati.
        
Menurutnya, dia diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.
        

“Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan.
        
“Mungkin mereka fikir saya ada sembunyikan barang berharga selepas kali pertama merompak mereka mengambil komputer riba milik seorang lagi anak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
        
“Sampai hati mereka aibkan saya sedemikian rupa, sedangkan tubuh badan yang mereka telanjangkan ini tidak ubah seperti tubuh badan ibu sendiri,” katanya, di sini semalam.
        
Turut hadir, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga terbabit.
        
Salmina berkata, hidupnya hanya bergantung harap kepada wang pencen suaminya dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Syafikah.
        
Katanya, wang itu digunakan secara berjimat-cermat untuk membeli lampin pakai buang Syafikah, barangan dapur dan bekalan ubatnya yang menghidap sakit tulang, kencing manis dan darah tinggi.
        
“Saya masih bersama suami tapi dia jarang balik...ni pun dah lama dia tak pulang menjenguk kami sehingga Syafikah kerap memanggil-manggil nama ayahnya,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iskans 4-9-2013 10:33 AM
Moga dirahmati dan ditambah rezeki keluarga ini, Dan moga Allah lindungi serta selamatkan keluarga ini dari ancaman penjahat.

Amin...
Quote shiro82 4-9-2013 10:37 AM
rumah pak muntri kan ada banyak harta........ambik je.

Semoga keluarga Salmina di lindungi dari segala bahaya. Kesian ada anak OKU lagi. Semoga tabah.
Quote lavajeans 4-9-2013 10:38 AM
dah ada la thread ni....



Quote idril 4-9-2013 10:39 AM
Ya Allah, permudahkan lah kehidupan akak nih amin
Quote rosmahisham 4-9-2013 10:39 AM
Mmg x berperikemanusiaan & bodoh punya perompak ..g la merompak rumah org kaya...org susah jgk yg dicarinya...
Quote mamiayu 4-9-2013 10:41 AM
mana pak muntri dalam negeri???? bila nak buat statement????
Quote tongkatwaran75 4-9-2013 10:41 AM
lavajeans posted on 4-9-2013 10:38 AM
dah ada la thread ni....


tgk la sape lahir dulu...
check waktu emak thread bersalin...
Quote lavajeans 4-9-2013 10:44 AM
tongkatwaran75 posted on 4-9-2013 10:41 AM
tgk la sape lahir dulu...
check waktu emak thread bersalin...

jap...wa check jab..





Quote mamiayu 4-9-2013 10:45 AM
rosmahisham posted on 4-9-2013 10:39 AM
Mmg x berperikemanusiaan & bodoh punya perompak ..g la merompak rumah org kaya...org susah jgk yg di ...

mmg kat melesia ni mana ada perompak macam robin hood, rompak orang kaya bagi kat orang miskin.

orang miskin tulah yang di kerjakan nya ditala habis2an, benci betul.

oh negara ku, tanah tumpah negaraku!
Quote iskans 4-9-2013 10:52 AM
tongkatwaran75 posted on 4-9-2013 10:41 AM
tgk la sape lahir dulu...
check waktu emak thread bersalin...

I like....
Quote redz85 4-9-2013 11:01 AM
kak mina macam hepi aje dalam gambar tu.. tak nampak pun trauma
Quote tongkatwaran75 4-9-2013 11:09 AM
redz85 posted on 4-9-2013 11:01 AM
kak mina macam hepi aje dalam gambar tu.. tak nampak pun trauma

trauma dlm hepi la tuh...
klu dlm perubatan dipanggil `emotion conflicts'...
katanyer...
Quote tupaiterbang 4-9-2013 11:10 AM
kena aib dalam umah sendiri..mmg tak patut..
aku doakan semua penyamun2 mati ditembak..
Quote lizaliza 4-9-2013 11:11 AM
Nasib baik diorang tak der selera...kalau berselera..jenuh...
Quote haryatie 4-9-2013 11:16 AM
geram aku ngan penyangak ni ...
org tu da susah ko nak rompak lagik
mmg x de hati perut betul la...
Quote nurfariezza 4-9-2013 11:20 AM
“Sampai hati mereka aibkan saya sedemikian rupa, sedangkan tubuh badan yang mereka telanjangkan ini tidak ubah seperti tubuh badan ibu sendiri,"


t'sentuh bce ayt ni...
tp klu p'curi 2 b'prikemanusiaan dorg xkn wt mcm ni..
Quote mamiayu 4-9-2013 11:25 AM
redz85 posted on 4-9-2013 11:01 AM
kak mina macam hepi aje dalam gambar tu.. tak nampak pun trauma

ni aku punya pandangan peribadi, based on my observation.

orang2 susah ni dia orang hidup simple life, kalau ada taruma atau sakit  sikit2 cepat je dia recover sendiri, kalau tidak diaorang tak boleh survive, life must go on, kena terus kerja utk dapat makanan

orang2 bandar dan kaya2 ni yg perlu banyak sokongan, ie tauma sikit hantar kaunseling, sakit sikit pi hospital

ini pandangan peribadi aku, mungkin ada yg tak setuju
Quote xpdckelate 4-9-2013 11:29 AM
kalau dapat penyamun tu kasi pelempang pat ploh das
Quote allnighter 4-9-2013 11:35 AM
mamiayu posted on 4-9-2013 11:25 AM
ni aku punya pandangan peribadi, based on my observation.

orang2 susah ni dia orang hidup simp ...

Ini kena tanya abang billionaire kat porum nih..... Agak kesentapan selalu, perlu byk sokongan moral. kihkih...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060822 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top