CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibogel Ultraman Malaysia

16-10-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11607| Komen: 21

Description: Menurutnya, Suspek Mengacukan Pistol Dan Mengarahkan Mangsa Berdiam Diri. "Mangsa Yang Sebelum Itu Sedang Melayari Internet Dipaksa Memindahkan Wang Tunai Ke Dalam Akaun Diberikan Suspek.

Dibogel Ultraman Malaysia


Kuala Lumpur:  Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman.

Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin. Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman.

Menurutnya, suspek   mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri. "Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet  dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya. Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah  mengugut  menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek  memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya. Difahamkan suspek  terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.

"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.                   

2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 16-10-2014 08:00 AM
OMG
Quote nalis 16-10-2014 08:04 AM
lol... sesia ko pakai topeng otromen dikkk... ko bagi nombor akaun kat mangsa tu pun dah boleh dedah identiti
Quote mattzzx 16-10-2014 08:05 AM
4 pagi sedang melayari tenet sensorang??
Quote gaara_X 16-10-2014 08:05 AM
ultraman zaman skang
Quote MissMamamia75 16-10-2014 08:09 AM
modus operandi yg mengejutkan...
kretif perompak zaman ni...
Quote qronaldo7 16-10-2014 08:11 AM
lelaki pn kne bogel skrg
Quote khailya 16-10-2014 08:53 AM
tak kunci pintu rumah ke org niiii
Quote kenarikelabu 16-10-2014 09:04 AM
Bila hidup jd susah, gini la jadi nya....merompak jd jalan terakhir....aduiii
Quote prettyuglybabe 16-10-2014 09:42 AM
penyamun yang rasa diri bijak
Quote aiskrimvanilla 16-10-2014 09:43 AM
pandainye ko perompak...
Quote shaari83 17-10-2014 12:44 AM
ultraman jahat
Quote Acong 17-10-2014 01:18 AM
pindah pi akaun siapa?
Quote rosasa 17-10-2014 07:39 AM
buruk reputasi ultraman sebab dorang ni
Quote kambeng_masam 17-10-2014 08:03 AM
perompak ni sikit pandai? depa dah tau..dah tentu senang2 je identiti pemilik akaun bank tu senang dicari ..siap kasi nombor akaun? Maybe perampok tu berniat nak dajalkan somebody? Dah susah2 pakai topeng, beri pulak nombor akaun bank yg polis mesti senang2 je trace. Tak curi mende2 lain pun kan?
Quote kambeng_masam 17-10-2014 08:04 AM
rosasa posted on 17-10-2014 02:39 AM
buruk reputasi ultraman sebab dorang ni

saham ultraman di japan share market pasti jatuh, malah kanak2 tentu dah benci nak tgk citer ultraman lepas nih.
Quote yeepi_33 17-10-2014 08:07 AM
Nape rs cm tujuan utama bkn nk merompak...cm nk.prank je.

Emm.

Nasib laaa.

Hrp vid bogel x trrsebar...sb rs cm tk merembes je.


Wakakakaka.

Deng..
Quote Vellfire 17-10-2014 08:30 AM
ishkk mcm2 cara dah dorang ni
Quote blazzard 17-10-2014 08:34 AM
kalau area brickfield mesti indian kan?
Quote enchikfitz 17-10-2014 08:35 AM
Menakutkan. Jantan pun dibogelkan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.110399 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top