CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DSV Pecat PA Serta-merta Kerana Diugut? Ini Jawapan Iqbal

2-7-2018 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 20494| Komen: 90|Original author: Oleh: Ain

Description: "Saya dipecat serta-merta. Saya sendiri tidak mendengar khabar angin bahawa saya akan dipecat."
"Saya dipecat serta-merta. Saya sendiri tidak mendengar
khabar angin bahawa saya akan dipecat."


Menerusi surat pemecatan jawatan, Setiausaha Sulit atau PA kepada Jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dipecat kerana gagal memenuhi skop kerja syarikat.


Foto: IG Iqbal

Malah, surat berkenaan menyatakan Iqbal telah menyalahgunakan jawatannya dengan menghasut kakitangan lain supaya tidak berpuas hati serta membuat ugutan terhadap DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hajah Hasmiza Othman.

Ekoran pemecatan itu, Iqbal diarahkan memulangkan semula barang kerja termasuk beberapa pasang pakaian.





Foto: Hangat.com

Memetik Hangat.com, Iqbal menafikan dakwaan keputusan DSV memindahkannya ke jabatan lain berikutan kontroversi kononnya mereka berdua menjalin hubungan cinta.

“Sebelum ini, DSV ada menyatakan bahawa Iqbal tidak lagi bekerja sebagai Setiausaha Sulit. Sejujurnya, saya bukan ditukar, tetapi ditambah jawatan.

"Sejak hari tersebut, tugasan saya semakin banyak. DSV pernah mengakui di Utusan, bahawa saya staff yang paling cemerlang,” katanya.


Foto: IG Iqbal


Alasan dan sebab tidak munasabah


"Saya dipecat serta-merta tanpa ada khabar pun bahawa saya akan dipecat. Alasan dan sebab yang dinyatakan tidak munasabah bagi saya.

"Petang itu, ada dua orang staff datang diarahkan supaya saya memulangkan segala barang kerja termasuk pakaian dan diminta keluar segera dari situ.

"Selama tiga tahun saya mengenalinya, tidak pernah ada barangan atau duit hilang.” jelasnya.


Foto: IG DSV

Walaupun permintaannya untuk mempertahankan diri tidak dipedulikan, Iqbal berjanji akan menyimpan rahsia yang diamanahkan kepadanya.

"Saya tahu akan banyak andaian orang terhadap saya. Saya berharap agar netizen tidak cepat melatah,"
pintanya.




Foto: IG Iqbal

Apapun yang berlaku sebenarnya, semoga kedua-dua pihak ini dapat menyelesaikannya dengan baik dan diharapkan agar netizen tidak mengeruhkan keadaan dengan menimbulkan spekulasi liar. - CARI
41

Bagus
24

Marah
29

Terkejut
16

Sedih
34

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (180 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 2-7-2018 12:34 PM
dalam surat tu banyak salah penggunaan perkataan di.. di minta, di serahkan, di padam.. salah tu..
setiap benda yg menunjukkan perbuatan, perkataan di tu harus rapat. diminta, diserahkan, dipadam.. hahaha..
Quote cruz2 2-7-2018 12:42 PM
taji2906 replied at 2-7-2018 12:34 PM
dalam surat tu banyak salah penggunaan perkataan di.. di minta, di serahkan, di padam.. salah tu..
...

Chekgu BM penulisan kertas 2 sangattt
Quote mieymiey 2-7-2018 12:44 PM
Jadi pelakon jer la Iqbal oi. Muka dah iras-iras Aqasha. Tapi pastikan chuols tak kayu kayan la yer
Quote megan_pox 2-7-2018 12:45 PM
Eleh tak lama dapat la tawaran belakon rupa pon helok
Quote doubleA 2-7-2018 12:46 PM
taji2906 replied at 2-7-2018 12:34 PM
dalam surat tu banyak salah penggunaan perkataan di.. di minta, di serahkan, di padam.. salah tu..
...

bukan tu je, huruf besar kecik kata nama am/khas pun hauk
hauknya surat rasmi ni sape la buat
Quote melinda_kerr 2-7-2018 12:48 PM
mcmanalah die boleh kerja dgn perempuan mcm tu... kalau i dah lama mental.
Quote sukacactus 2-7-2018 12:49 PM
Dia ni ke yg cik B xsuka dl ni
Dah putus kot dgn DSV
Quote miemiecha 2-7-2018 12:56 PM
takziah kebal...
berdiamlah, ni dah buat org tertanya2.. nnt jgn kuar plak sy terpaksa ceritakan.. yada yada...
mek tgk bidah tu pun mek mental... ko bertahan 3 tahun, sabas anak muda
Quote helicornia 2-7-2018 01:03 PM
gi report kat pej buruh/ kem sumber manusia la iqbal.ds vida ni suka2 ati je takde law
Quote SLAManya 2-7-2018 01:04 PM
persoalannya, ds vida dah ikut procedure ke nak pecat mamat ni
Dah bagi warning? Counseling etc?
Quote datinamanda 2-7-2018 01:14 PM
comelnya iqbal
Quote EvieWanKenobi 2-7-2018 01:14 PM
betul jugak.. takkan semudah tu terminate staff..
Quote fushimi 2-7-2018 01:18 PM
harap ada orang nak bagi ko kerja lepas ni ikbal

Quote ALDRIN 2-7-2018 01:22 PM
Dia dah dpt anak hekan baru laa tu lagi rembes dan sado. Iqbal ko x reti2 beramboss...?
Jgn laaa wat2 tongong pulak...klu x salah pasang laaa loyer...
Quote mixed 2-7-2018 01:24 PM
gamak nya hubugan x di restui cik B
bida pn putus la tp x mampo nk bersua muka
lantas pecat je mamat ni abis cite gitu la kot spekuan iols
Quote prettyuglybabe 2-7-2018 01:35 PM
klu rasa tak adil, pi la report pejabat buruh..
nak defend diri kat socmed kejadah..
Quote jalfa 2-7-2018 01:58 PM
Ya amporn helok muka ko dek..dari tempel vida baik ko jadi pelakon ...lagi banyak masyukkk
Quote wanitajelita 2-7-2018 02:08 PM
Bad taste nya korang. Ini pun ko kata elok. Taraf2 sufian suhaimi je pun. Btw, x perlu pergi jabatsn buruh sb gaji pastinya exceed maximum requirements. Sila pergi industrial department seterusnya industrial court. Kata kerja dah lama, byk boleh dapat silap2 5 angka
Quote eizarz 2-7-2018 02:11 PM
miemiecha replied at 2-7-2018 12:56 PM
takziah kebal...
berdiamlah, ni dah buat org tertanya2.. nnt jgn kuar plak sy terpaksa ceritakan..  ...

kebal ke bebal..,hahah.:

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067305 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top