CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Minta Tolong Abang Bomba Potong Cincin

28-8-2018 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3234| Komen: 10

Description: Gara-gara memakai cincin tidak bersesuaian dengan saiz jari, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terpaksa menahan sakit lebih lima jam selepas cincin yang dipakai petang kelmarin tersangkut di jari ...
Gara-gara memakai cincin tidak bersesuaian dengan saiz jari, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terpaksa menahan sakit lebih lima jam selepas cincin yang dipakai petang kelmarin tersangkut di jari manis kirinya.




Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus itu, mangsa menyedari jarinya membengkak sebaik bangun daripada tidur awal pagi semalam.

Mangsa yang tidak tahan menanggung kesakitan bergegas ke Balai Bomba Kuala Nerus pada jam 9.42 pagi untuk mendapatkan bantuan di mana anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin berkenaan menggunakan alat pemotong khas.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof, mangsa sebelum itu telah menggunakan pelbagai cara bagi mengeluarkan cincin berkenaan, namun gagal.



Kredit foto: Sinar Harian

"Ketika mangsa tiba di balai untuk mendapatkan bantuan keadaan jari telunjuk kiri kemerahan akibat bengkak.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin menggunakan alat pemotong khas.

"Operasi yang melibatkan seramai empat anggota itu berjalan lancar dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Ekoran kejadian, Yusmizan menasihati orang ramai supaya tidak memakai sebarang perhiasan diri yang terlalu ketat hingga boleh mendatangkan kecederaan. - CARI
11

Bagus
22

Marah
29

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-8-2018 10:40 AM
Naseb cincin di jari...
Quote BedahBedul 28-8-2018 10:53 AM
Kalau cincin di k***, haa mendapatlah ko dek
Quote matamata 28-8-2018 11:01 AM
aku rasa alat tu tak sesuai...Bomba kena upgrade tools...pakai Dremel  vibrate kuat sgt...
Tp to Bomba credit diaorg dah pasak cincin tu ketat2 utk kurangkan kesan vibrate
Quote matamata 28-8-2018 11:03 AM


ini pemotong cincin yg hospital guna....
Quote dekmieDandy 28-8-2018 11:19 AM
ayah aku cakap memang selalu org datang balai mintak tolong potong cincin ni

tapi xler semua masuk berita
Quote Foxey 28-8-2018 11:45 AM
dah kenapa sarungkan jugak kalau dah ketat...
Quote fox. 28-8-2018 12:50 PM
hagaknya gepren dah belikan abe cincin, bila tak pakai kata tak sayang. ropenye jari gomok tak muat. tak sampai hati abe nak gitau ke gepren. lantas disarung jua cincin ke jari gomok tanpa was2. begitu la telahan kakak
Quote minguk 28-8-2018 01:16 PM
macam mana boleh masuk tapi tak boleh keluar ye?
Quote BoLapciOus 28-8-2018 02:34 PM
setuju setuju..nasib baik cincin di jari manismu
Quote miemiecha 28-8-2018 04:11 PM
cinta itu menyakitkan..

kehkehkeh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052197 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top