CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Semangat Patriotik Tak Bertempat, Potong Jalur Gemilang Buat Baju Adalah Salah!

6-9-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10122| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney

Description: Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-61 baru-baru ini. Saban tahun, sambutan kemerdekaan semakin meriah dengan pelbagai idea kreatif daripada masyarakat Malaysia demi memupuk sem ...

Kredit foto: Google

Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-61 baru-baru ini. Saban tahun, sambutan kemerdekaan semakin meriah dengan pelbagai idea kreatif daripada masyarakat Malaysia demi memupuk semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan.


Sambutan kemerdekaan disambut di mana-mana sahaja pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Jalur Gemilang berkibar dan memenuhi segenap tempat  di seluruh negara. Begitu juga di sekolah-sekolah, sambutan kemerdekaan yang begitu meriah wajib diadakan untuk mewujudkan perasaan patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar. Lebih menarik, pelajar-pelajar turut memakai pakaian yang dihasilkan daripada Jalur Gemilang.


Bagaimanapun, isu memakai pakaian yang dijahit menggunakan Jalur Gemilang dilihat tidak wajar oleh sesetengah masyarakat. Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status tentang keghairahan rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik mereka dengan memakai pakaian yang dijahit daripada hasil potongan daripada Jalur Gemilang. Ia seolah mempermainkan kedaulatan Jalur Gemilang!


Kredit foto: Google
Sudah banyak pakaian sebegini dijual dalam pasaran

Kredit foto: Google

Sudah menjadi trend kanak-kanak sekolah memakai pakaian yang dijahit menggunakan potongan daripada Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan. Bukan saja-saja tetapi turut di adakan pertandingan pakaian paling cantik. Jadi, baju-baju sebegitu dijual dan begitu laris menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara. 


Malah, tukang jahit juga tidak menang tangan untuk menjahit pakaian-pakaian daripada Jalur Gemilang dengan pelbagai rekaan yang dikehendaki pelanggan.


Jalur Gemilang dijadikan bahan ejekan 

Kredit foto: Google

Bukan itu sahaja, ia telah dijadikan peluang oleh sesetengah netizen untuk menghina Jalur Gemilang dengan pelbagai cara. Perkara sebegini amat bahaya jika tidak dibanteras dan diambil tindakan. Tidakkah rakyat Malaysia sendiri akan marah apabila rakyat negara lain menghina Jalur Gemilang? Tetapi bagaimana dengan rakyat kita sendiri yang melakukannya?


Nak dijadikan seluar dalam pun boleh

Kredit foto: Google


Isu ini perlu dibendung

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan sangat menyokong agar Jalur Gemilang tidak lagi dipotong dan dijadikan pakaian. Ia bukanlah cara yang terbaik untuk mewujudkan semangat pariotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain mengubah bentuk Jalur Gemilang yang sepatutnya dikibarkan oleh rakyat Malaysia.



Semangat Patriotik tak bertempat

Mungkin nampak perkara ini remeh tetapi kesannya begitu besar pada pemikiran anak-anak pada masa akan datang. Walaupun ia sekadar suka-suka dan dijadikan memori indah pada anak-anak pada setiap sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Apa pendapat kalian? - CARI 

25

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 6-9-2018 12:05 PM
Xleh ya buat baju pakai utk perarakan..bukan buat utk video lucah..
Quote chentadearhati 6-9-2018 12:17 PM
Yang tudung macam mana pula
Quote Artemesiaa 6-9-2018 12:33 PM
Ada betulnya kalau nak ambik sikit2 ciri2 dari bendera ok lagi tapi jangan guna bendera tu terus untuk dijadikan pakaian
Quote fish 6-9-2018 12:45 PM
budak2 seronok ja pakai mcmtu
siap ckp baju merdeka, patriotik la tu
sbnrnya tak boleh ek










Quote mily 6-9-2018 12:48 PM
Bkn ada pekeliling kata bleh pakai Hanya Pada Hari Kebangsaan sahaja.
Quote shernazz 6-9-2018 01:12 PM
Ekceli uols bawak bendera tu kalau sentuh ke lantai pon salah ..
Cm menyerahnkalahnke gitu
Iols br tau masa buat perbarisan kadet masa skola.dolu
Quote EvieWanKenobi 6-9-2018 01:23 PM
dah lama terpikirkan tapi
since takde sape bersuara
malas nak memandai2..
Quote RatuDunia94 6-9-2018 03:08 PM
Tp kalau bendera indon buat baju jd baju wanita umno.. {:smile
Quote haryatie 6-9-2018 04:27 PM
sekarang ni semua budak sekolah terutama tadika
pakat habis buat baju...mcam fesyen2..
Quote nishikido 6-9-2018 05:59 PM
Dulu2 rasanya ad undang2 kata tak boleh buat pakaian menggunakan bendera Malaysia..katanya salah and boleh didakwa..and masa tu xde pon orang hegeh2 nak buat baju daripada bendera..but tahun ni,tiba2 cam cendawan tumbuh lepas hujan..semua pakat share budak2 pakai baju dari bendera.. so sebenarnya salah ke tidak?
Quote Skuau 6-9-2018 06:10 PM
patriotik amende? berapa kalilah korang 'kentutkan' seluar Jalur Gemilang tu dlm sa'ri???
Quote Elle_mujigae 6-9-2018 11:54 PM
mily replied at 6-9-2018 12:48 PM
Bkn ada pekeliling kata bleh pakai Hanya Pada Hari Kebangsaan sahaja.

yup.... yg screenshot pekeliling kat atas tu ambil separuh....saja je orang tu nak create isu....ada pengecualian dibenarkan pakai baju dari bendera bila Hari Kebangsaan....
Quote eyansss 7-9-2018 12:17 AM
shernazz replied at 6-9-2018 01:12 PM
Ekceli uols bawak bendera tu kalau sentuh ke lantai pon salah ..
Cm menyerahnkalahnke gitu
Iols br ...

betul...  bendera takleh cecah lantai... nak simpan, cth dalam stor, pun takleh letak camtu je atas lantai...
Quote najib888 8-9-2018 04:44 PM
Lama dah tau.. Cikgu sejarah pernah kabarkan dulu2..
Ikutkan, mcm depa ni pun bleh kena dakwa...
Quote batmana 9-9-2018 03:44 PM
penguatkuasa tk tegas
Quote pusak_lanji 9-9-2018 04:30 PM
Sakit..ngilu..bila tengok bendera digunting..dbuat baju..bendera tu keramat tau...betapa susah nak merdeka dan ada negara sendiri..tp senang2 nak dgunting..pastu buat baju...mata aku tak berkenan tengok baju2 mcm tu
Quote AyaqMeloSuam 10-9-2018 02:11 AM
Isu sekerat... sila masuk Web Jabatan Penerangan.. dh ada pekeliling yg jelas. Boleh buat pakaian utk acara kemerdekaan. Yg bsifat smentara shj @ smata2 utk acara tsebut. Ttp sbg alas meja, langsir, tmpat duduk.. songkok, tudung, payung, topi, tuala & sbgainya tu tak boleh.
Kalau boleh dielak - elakkan.. rujuk pekeliling.. jgn buat pandai sdri
Quote PEPPERMAN 10-9-2018 04:36 PM
salah jika bendera di kerat jadi pakaian.

Tapi jika pakaian tersebut memang diperbuat dari kain bercorak bendera, adakah ia masih salah?
mohon pencerahan
Quote putericahaya999 10-9-2018 06:32 PM
mujur i tak terlibat

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064032 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top