CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Disaman Sebabkan Kematian Kekasih, Jim Carrey Kini Hidup Menyendiri Dan Menderita Akibat Tekanan

22-11-2018 12:33 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11003| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pelakon Jim Carrey, 56, kini sudah bertahun-tahun tertekan, hidup menyendiri dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon sejak keluarga bekas kekasihnya Cathriona White menuduh beliaulah punca Cathr ...
Pelakon Jim Carrey, 56, kini sudah bertahun-tahun tertekan, hidup menyendiri dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon sejak keluarga bekas kekasihnya Cathriona White menuduh beliaulah punca Cathriona membunuh diri pada tahun 2015.


Kredit foto: Mirror
Dalam temu bual dengan Radio Times, pelakon itu sendiri mengaku beliau kini tinggal seorang diri tetapi menikmati masanya dengan hobi membaca, melukis dan mengukir. 

‘Saya juga keluar rumah sekali sekala’ katanya. Bagaimanapun , peminatnya dikatakan bimbang dengan kehidupan baru Jim itu. Semuanya dikatakan bermula apabila Jim Carrey disaman oleh keluarga Cathriona kerana menyebabkan kematiannya.


Kredit foto: Mirror
Sebelumnya ketika Jim dan Cathriona baru berpisah, Cathriona yang kemudiannya berkahwin dengan Mark Burton telah menyaman Jim atas tuduhan menjangkitinya dengan penyakit kelamin (STD), bagaimanapun saman itu ditolak mahkamah apabila mendapati Cathriona memalsukan laporan doktor tersebut. 

Kredit foto: Carian Google
Selepas kematiannya kerana membunuh diri, ibu Cathriona dan Mark Burton pula menyaman Jim Carrey kerana dikatakan punca Cathriona terjebak dengan dadah sehingga ketagihan dan membunuh diri. Bukti yang dikemukakan adalah nota bunuh diri yang diambil dari iPad milik Cathriona.
 
Kredit foto: Mirror
Sekali lagi pada tahun 2016, saman keluarga Cathriona itu ditolak oleh mahkamah. Bagaimanapun, pengalaman tiga tahun dengan drama mahkamah itu rupanya mengubah perangai Jim Carrey dari seorang yang periang kepada seorang yang murung, sehinggakan terdapat khabar angin mengatakan beliau terpaksa mendapat rawatan mental.

Kredit foto: Mirror
Dalam satu temu bual tahun lalu Jim menafikannya dan mengatakan ‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ .

Tetapi para peminatnya tidak percaya. ‘Beliau nampak tertekan dan kami bimbang mengenainya’ kata mereka di twitter. - CARI
15

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-11-2018 12:50 PM
Patutlah dah lama tak ada movie dia ni
Quote meiya_loya 22-11-2018 12:58 PM
kesiannya Jim. But i still think that girl yg xboleh move on. gurl tu dah kawen baru pun still nak tipu pasal Jim. nampak sgt that gurl n her family nak kan duit Jim. xabis2 saman.
Quote Sang_Pencinta 22-11-2018 01:01 PM
meiya_loya replied at 22-11-2018 12:58 PM
kesiannya Jim. But i still think that girl yg xboleh move on. gurl tu dah kawen baru pun still nak t ...

Katanya dia kawin dengan lelaki tu pun sebab nak bantu lelaki tu dapatkan Green Card aka Taraf Penduduk Sementara US. Aku suspek dia da;at bayaranlah kot
Tapi mungkin hatinya masih dgn Jim sebab diorang ni memang on off on off






Quote RatuDunia94 22-11-2018 01:53 PM
Realiti hidup sang comedian..
Quote adila39 22-11-2018 02:08 PM
I like him. alaaa    bw better Jim. U deservelah untuk happy.
Quote moonbug 22-11-2018 02:59 PM
Jangan sampai Jim pulak bunuh diri sebab depression
Quote greantea 22-11-2018 03:22 PM
kesian dia. kaya dan popular x menjamin kebahagiaan
Quote kroit92 22-11-2018 03:33 PM
‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ .


pacik Jimmy.. itu la depression..
bahaya ni biar sorang-sorang.. suicidal thoughts mesti ringing kuat dalam kepala
Quote azwanaliori 22-11-2018 04:07 PM
Ade je dia berlakon series apa yg xdenye
Quote ikinbest 22-11-2018 04:12 PM
what comes around goes around kot.. pacik jim ni tinggalkan isteri susah senang die dulu kannnn
Quote Sang_Pencinta 22-11-2018 04:23 PM
azwanaliori replied at 22-11-2018 04:07 PM
Ade je dia berlakon series apa yg xdenye

Dia berlakon siri TV Kidding sahaja kan? Movie selepas 2016 dia menyepi.
2017 langsung tiada TV dan Movie
2019 baru akan berlakon movie


Quote giyomi 22-11-2018 06:39 PM
nape lak dia yg dipersalahkan dan bukan laki dia...btw who r yusss
Quote borrow 22-11-2018 07:30 PM
Heols n Heath Ledger sesama jd Joker. Hope tak ikut jejak Heath. Ai nmpk manusia makin berumur  jd semakin sensitif.  

Quote nadie90 22-11-2018 11:34 PM
Kesiannya... dah la mggu ni mak ceq dok tgk flm2 JC kat astro..xsgka plak dia ad mslh mcm ni...gws pkck JC
Quote nishikido 22-11-2018 11:49 PM
Kesiannya pakcik jim Carrey..dalam movie gila2 tapi realiti jauh menyimpang..hope baik2 je pacek,jangan bunuh diri hokay..
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 05:41 AM
Komedian macam Jim Carrey, Robin Williams, Rau Combs, etc di luar sahaja selalu happy2 tetapi dalaman semua hidup tertekan
Quote gummygummy 23-11-2018 08:29 AM
Ex dia tu macsm pelakon je
Quote da_vinci 23-11-2018 08:54 AM
perempuan tu maunya tak frust....Jim Carrey kot...berkahwin dgn actor hollywood maknanya kopun dikenali maaaaaa.....
Quote ctcham 23-11-2018 09:59 AM
baru je kami anak beranak tengok astro movie citer the mask, anak aku yg umur 2 tahun tu suka sgt kelakar citer tu, nasib baik dah rekod boleh la ulang2 nak tengok

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.075109 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top