CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Qari Dari Austria Teringin Cari Jodoh Gadis Malaysia

22-4-2019 11:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8489| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 baru sahaja selesai, di mana peserta dari Malaysia, Nor Farhatul Faizurah Panut dan Abdul Khair Jalil muncul juara qariah dan qari.
Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 baru sahaja selesai, di mana peserta dari Malaysia, Nor Farhatul Faizurah Panut dan Abdul Khair Jalil muncul juara qariah dan qari. 

Bagaimanapun, seorang peserta qari luar menjadi tumpuan media kerana keramahannya.



Kredit foto: OMM

Ahmet Ucar, 25, peserta dari Austria ini menjadi tumpuan di antara barisan qari dan qariah dari negara luar seperti Sweden, Norway, Azerbaijan, dan Montenegro kerana sanggup ditemu ramah pelbagai barisan media dan menyatakan kekagumannya dengan toleransi di negara ini.

Tambah menarik, jejaka yang masih bujang itu memberitahu Sinar Harian bahawa beliau tidak menolak jika berjodohan dengan gadis tempatan kerana telah lama mengagumi keramahan rakyatnya.


Kredit foto: OMM

Menurut pelajar Pascasiswazah Pengajian Islam di University of Vienna ini, beliau telah merantau ke banyak negara Eropah tetapi mendapati hospitaliti komuniti Islam di negara ini jauh berbeza.

'Ini kali pertama saya ke Malaysia, sebelumnya saya mengenali negara ini daripada seorang pensyarah saya yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia,' kata Ahmet.


Kredit foto: OMM

'Saya dapati, rakyat Malaysia bukan sahaja ramah tetapi mudah tersenyum dan tidak seperti di negara saya, pemakaian hijab di sini tidak diharamkan,' tambahnya yang teringin tinggal lebih lama di Malaysia dan tidak menolak jika ada jodoh di sini.

Jadi, satu peluang buat gadis Malaysia yang ingin berkenalan dengan jejaka Austria bujang ini. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 11:48 AM
Siapa yg nak baiki keturunan kot
Quote chicozinn 22-4-2019 11:56 AM
teringat senior meollss akak melayu tu kawen ngan orang uzbek..hensem weyhh muka ala2 hero twilight tu..eheheheheh
Quote rynamarina 22-4-2019 12:10 PM
habisla ramai gurl2 pecah ovari nnt
Quote RatuDunia94 22-4-2019 12:58 PM
Hensemmmmm dipuji lah.. meanwhile Qari dr Burkinafaso, Senegal, Mozambique pujilah Malaysia melangit sekalipon tetap dipandang sepi jahhh....
Quote felinecat 22-4-2019 01:18 PM
sebab beliau hensem. cube xhensem, koser nak dipuji
Quote goss79 22-4-2019 02:28 PM
yg menang qariah budak msia tu i rasa lawa.. cuba lah mana tahu berjodohan hehehe...
Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 02:32 PM
goss79 replied at 22-4-2019 02:28 PM
yg menang qariah budak msia tu i rasa lawa.. cuba lah mana tahu berjodohan hehehe...



Dia ni menang qariah
Quote ais_kosong 22-4-2019 02:38 PM
elok paras rupa pasti ramai yang sudi.
lain la muka hauk.. ko teringin ke ngidam ke cakap di tangan seja
Quote goss79 22-4-2019 02:49 PM

haa dia lah, manis je.

Quote turboturtle 22-4-2019 03:10 PM
  1. rakyat Malaysia bukan sahaja ramah tetapi mudah tersenyum
Copy the Code


Sebab mat saleh, kalu sesama malaysian takdenya diorang nak ramah macam tu mat oiiiii.
Quote eizarz 22-4-2019 04:12 PM
nak ngorat qariah malaysia yg menang tu la tu,mentang2 banyak duit dah budak tu..
Quote ikanmasin 22-4-2019 04:35 PM
ais_kosong replied at 22-4-2019 02:38 PM
elok paras rupa pasti ramai yang sudi.
lain la muka hauk.. ko teringin ke ngidam ke cakap di tangan ...

kann
Quote Acikgomen 22-4-2019 05:34 PM
Edited by Acikgomen at 22-4-2019 05:35 PM

Kat porem ni pun ramai ciki berair tanpa perigi yg naik repair keturunan dekkkkk
Asal jgn caras laki poremer lain sudehhhh

Cc mak @noraidil_06
Quote noraidil_06 22-4-2019 05:37 PM
Acikgomen replied at 22-4-2019 05:34 PM
Kat porem ni pun ramai ciki berair tanpa perigi yg naik repair keturunan dekkkkk
Asal jgn cara ...

Sabarlah noks. Lenkali laki kepit jgn tunjuk. Kikiki
Quote mbhcsf 22-4-2019 10:19 PM
Masters dia ke PhD?

i wonder what his thesis is on.
Quote raxief 23-4-2019 12:37 AM
kira ok la pompuan melayu minat lelaki hensem, muka european mcm ni.. pandai mengaji quran plak..

yang aku tak faham, pompuan melayu ni boleh minat lelaki korea yg muka tak maskulin langsung, pastu rambut kuning la, hijau la, putih la.. pakai anting2 sebelah.. seriously aku tak memahami
Quote Perk77 23-4-2019 07:04 AM
raxief replied at 23-4-2019 12:37 AM
kira ok la pompuan melayu minat lelaki hensem, muka european mcm ni.. pandai mengaji quran plak..
...

Entahnya ...sebenarnya lelaki jepun lagi hensem Dr Korea...takde operate2 muka..hidung mancung kulit pun tan..tinggi2 ..
Quote raxief 23-4-2019 02:03 PM
Perk77 replied at 23-4-2019 07:04 AM
Entahnya ...sebenarnya lelaki jepun lagi hensem Dr Korea...takde operate2 muka..hidung mancung kul ...

artis lelaki j-pop pun ada jugak muka mcm pompuan
Quote iznanaziz 23-4-2019 03:48 PM
Qariah yang menang tu, student lagi ke?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062978 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top