CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikat Pembantu Rumah Di Pokok Kerana Biar Perabot Mahal 'Berjemur' Di Luar

16-5-2019 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4062| Komen: 12

Description: Hanya kerana membiarkan perabot berjemur di bawah matahari, pembantu rumah diikat pada pokok oleh majikannya.
Hanya kerana membiarkan perabot berjemur di bawah matahari, pembantu rumah diikat pada pokok oleh majikannya.

Menurut laporan media tempatan, Lovely Acosta, 26, sudah beberapa bulan berkhidmat dengan sebuah keluarga kaya di Riyadh, Arab Saudi.



Kredit foto: Mirror/ViralPress

Difahamkan, tindakan majikannya menghukum Lovely sedemikian rupa kerana berang wanita itu membiarkan salah satu perabot mahal di luar rumah dan terdedah pada cahaya matahari yang boleh menyebabkan warnanya pudar.

Memetik Mirror, gambar Lovely diikat pada pokok dirakam rakan sekerjanya yang juga dari Filipina bertujuan untuk mendedahkan kekejaman majikan mereka.


Kredit foto: Mirror/ViralPress


Kredit foto: Mirror/ViralPress

Menerusi gambar itu, mangsa dilihat diikat kaki dan tangannya pada sebatang pokok di dalam laman kediaman keluarga berkenaan pada 9 Mei lalu.

Majikannya didakwa cuba menunjukkan kesan akibat terdedah di bawah matahari dengan 'menjemur' pembantu rumah itu di luar rumah.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negara (DFA) Filipina yang dimaklumkan mengenai nasib mangsa berjaya menyelamatkannya dan membawa ibu dua anak itu pulang ke La Union, Filipina pada hari sama.


Kredit foto: Mirror/ViralPress

Jurucakap jabatan itu berkata, DFA melaporkan Lovely Acosta Baruelo tiba di Manila dari Arab Saudi jam 8.55 malam pada 9 Mei.

Difahamkan, seorang wanita yang mengaku sebagai rakan kerja Lovely merayu meminta bantuan dan berkata, mereka akan disakiti majikan apabila melakukan kesalahan kecil selain dipotong gaji. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 16-5-2019 12:36 PM
dan puak ereb disanjung tinggi oleh rakyat sedunia..sebab tu la deyyoollss ni naik kepala..yihhhhh
Quote tumpanglalu74 16-5-2019 12:38 PM
Awat dah los lobos?  Ke mak encik ereb tu tak kasi pakai bra push up dah??
Quote Pink_Purple 16-5-2019 01:18 PM
tumpanglalu74 replied at 16-5-2019 12:38 PM
Awat dah los lobos?  Ke mak encik ereb tu tak kasi pakai bra push up dah??

peraturan :time kerje tak boleh pakai..

masa santai2 hari minggu atau cuti boleh pakai
Quote gigahertz 16-5-2019 04:18 PM
tumpanglalu74: Awat dah los lobos?  Ke mak encik ereb tu tak kasi pakai bra push up dah??

tang mana lobos?
Quote sitilam 16-5-2019 04:23 PM
beza dgn najib

beli perabut mahal2, beli meja makan mahal2, beli makanan mahal, sebab nak jamu anak2 yatim tiap malam jumaat makan kat rumah dia.

hebat najib, level wali

Quote Maideen. 16-5-2019 08:31 PM
Rasanya ini bukan tok ereb yang bagi duit sebanyak Rm2,600,000,000.00 kepada Najib itu hari.......

Wallahualam.
Quote None68 16-5-2019 09:56 PM
Punyalah kerek pak arab..
Quote Jorja 20-5-2019 01:16 PM
Orang kata tak baik cerita kburukan masa buat umrah ke Haji tapi I mmg tak bole lupa bila org Arab ni tersepak tertendang terpijak kepala orang masa tgh sujud..kasar derang ni bila bjalan selamba langkahkn aja semua kepala org yg tgh sujud sekali dgn Quran pun dilangkahnya Aja.
Quote am2020 27-5-2019 11:48 PM
Lawanyer pembantu rumah...
Quote Chairman 23-7-2019 11:17 AM
bole tahan jgk pembantu rumah ni..tak kene harass dgn tuan rumah ka?
Quote d_anne04 23-7-2019 03:54 PM
x payah disanjung sangat dengan ummah arab ni..

dah la makin bertambah golongan ni dekat area rumah...
Quote ell768 23-7-2019 04:01 PM
eiii aku x sker dgn umah arab ni tau..meluat btl tgk drg..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051111 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top